RAUB, 12 FEBRUARI 2020 - YB Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang, Dato’ Sri Dr Sallehuddin Ishak telah mengadakan lawatan ke Sengkela Agrofarm pada hari Ahad yang lalu. Turut hadir Pengarah PTG Pahang yang baru, YH Dato’ Haji Fadzilla Haji Salleh, Exco Kerajaan Negeri Pahang, YB Dato’ Abd. Aziz Mat Kiram, ADUN Dong, YB Dato’ Sri Haji Shahiruddin Abdul Moin, Pegawai Daerah Raub, YH Dato’ Mohammad Shahid Ismail serta Ketua-ketua Jabatan Daerah, Penghulu-Penghulu dan pemimpin masyarakat setempat. Dalam lawatan itu, beliau telah mengambil kesempatan untuk meninjau sendiri dan mendengar taklimat projek daripada pengusaha Agro Segkela yang juga bergiat aktif di dalam persatuan belia iaitu Saudara Azuwan, Mohd. Fadil dan Mohammad Harizan. Rombongan juga telah dibawa melawat ke sekitar lading fertigasi timun, cili dan penternakan rusa serta lembu yang berkeluasan kira-kira 30 ekar. Semoga hasil titik peluh para belia ini dapat memberikan inspirasi kepada belia-belia yang lain untuk menceburi bidang pertanian dan penternakan. Sudah terbukti bahawa bidang ini dapat memberi pendapatan yang lumayan kepada para belia di samping menjana pendapatan negara. Lawatan berakhir sekitar jam 2.00 petang.
Disediakan oleh:-
Shamsulbahri Abd. Malek@Ghazali>
Shamsulbahri Abd. Malek@Ghazali>
Disunting dan Disemak:-
Nor Dalilah Mohamad Tajuddin
Nik Nor Syahirah binti Nik Harun
Pentadbir Portal JBS Negeri Pahang
- JBS Pahang
- Hits: 675
