- JBS Pahang
- Hits: 33
BENGKEL PEREKODAN ARPRM MARAN SERLAHKAN POTENSI SEBENAR REMAJA
- JBS Pahang
- Hits: 33
MARAN, 13 Februari – Pejabat Belia dan Sukan Daerah (PBSD) Maran selaku Badan Operasi (BO) Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM) bagi daerah Maran telah menganjurkan Bengkel Perekodan ARPRM Peringkat Daerah Maran semalam. Program yang mendapat kerjasama erat dari Pejabat Pendidikan Daerah Maran ini disertai oleh 50 orang peserta dari pelbagai sekolah.
Selain memberi penerangan serta input terkini mengenai perekodan buku log, objektif bengkel ini juga menerangkan tugas serta peranan pemimpin dan BO dalam memastikan ARPRM dijalankan secara sistematik dan mengikut prosedur yang betul. Ceramah telah disampaikan oleh Puan Zunaidah Mat Yusof, Pegawai Bahagian Pembangunan Rakan Muda, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Pahang.
Sesi bengkel selama dua jam ini memberi impak tersendiri apabila peserta memberi respon positif setiap kali sesi perbincangan dua hala dilakukan. Encik Imran Isnin, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Maran merakamkan ucapan terima kasih dan berharap dapat meneruskan kecemerlangan JBS Pahang dalam mengeluarkan peserta ARPRM yang berkualiti dan berdaya saing bagi pembentukan jiwa remaja yang mampan. PBSD Maran komited!
“JBS PAHANG, Number One “
Disediakan Oleh:-
PBSD Maran
#TeamKBS #JBSNKomited
#MalaysiaMADANI #Pahang1st #teamjbspahang
