- JBS Pahang
- Hits: 23
DOA DAN SOLIDARITI BUAT ANAK YANG DIUJI
- JBS Pahang
- Hits: 23
RAUB, 27 Februari – Prihatin dengan musibah kebakaran yang berlaku di Kampung Pamah Kulat, Ulu Dong, Raub awal pagi semalam, satu kunjungan ziarah telah diadakan bagi menyantuni anak-anak mangsa yang terkesan. Ruby Adalia Balqis Mohd Alawi, 19, dan Ahmad Balia Murqam Mohd Alawi, 15, yang terselamat, diziarahi sebagai tanda sokongan dan keprihatinan.
Kunjungan ini bertujuan untuk memberikan sokongan moral, menyampaikan kata-kata semangat serta memastikan kebajikan mereka terus diberi perhatian. Hadir sama Encik Nor Azli Mohamad Daud, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Pahang. Kehadiran ini diharap dapat memberi sedikit keceriaan dan kekuatan buat mereka dalam menghadapi ujian yang berat ini.
Semoga keluarga ini terus diberi ketabahan, kekuatan dan dipermudahkan segala urusan. Sebagai masyarakat yang prihatin, kita perlu sentiasa bersatu hati, saling menyokong dan membantu mereka yang memerlukan.
“JBS PAHANG, Number One”
Disediakan Oleh:-
Bahagian Pembangunan Rakan Muda
#TeamKBS #JBSNKomited
#MalaysiaMADANI #Pahang1st #teamjbspahang
