TITANS CANOE CLUB GALAS HARAPAN TINGGI PEMBANGUNAN SUKAN KANU

TITANS CANOE CLUB GALAS HARAPAN TINGGI PEMBANGUNAN SUKAN KANU

ROMPIN, 27 Februari - Mesyuarat Agung Pertama Titans Canoe Club telah berlangsung dengan jayanya di Sekolah Kebangsaan Kedaik, menandakan satu lagi detik penting dalam perkembangan sukan kanu di daerah ini.  

Mesyuarat tersebut turut dihadiri oleh Encik Khairunnaim Muslimin, Pegawai Belia dan Sukan Daerah (PBSD) Rompin, yang hadir bagi memberikan sokongan serta dorongan kepada pembangunan sukan air di daerah ini. Mesyuarat yang menghimpunkan barisan ahli jawatankuasa penaja, jurulatih serta ahli-ahli kelab itu bertujuan membentangkan perlembagaan kelab dan hala tuju kelab, memilih dan melantik ahli jawatankuasa baharu, membincangkan perancangan aktiviti dan mengukuhkan semangat kerjasama dalam kalangan ahli.
 
Encik Khairunnaim Muslimin menzahirkan penghargaan atas inisiatif penubuhan Titans Canoe Club yang dilihat mampu menjadi platform terbaik dalam mencungkil bakat baharu serta memupuk minat golongan muda terhadap sukan kanu. Beliau turut menekankan kepentingan disiplin, semangat kesukanan dan komitmen berterusan dalam melahirkan atlet yang berdaya saing di Peringkat Negeri dan Kebangsaan.  

Dengan berlangsungnya Mesyuarat Agung pertama ini, Titans Canoe Club secara rasminya memulakan langkah sebagai sebuah kelab yang tersusun dan berdaftar dibawah Pejabat Pesuruhjaya Sukan, Kementerian Belia dan Sukan Malaysia, sekali gus membuka lembaran baharu dalam usaha memperkasa pembangunan sukan kanu di Daerah Rompin dan Negeri Pahang. Diharapkan penubuhan kelab ini akan menjadi pemangkin kepada kecemerlangan sukan air serta melahirkan lebih ramai atlet berpotensi yang mampu mengharumkan nama daerah dan negeri pada masa hadapan.    

"JBS PAHANG, Number One" 

Disediakan Oleh:-
PBSD Rompin

#TeamKBS #JBSNKomited
#MalaysiaMADANI #Pahang1st #teamjbspahang

Image
Tingkat 5, Wisma Persekutuan, Jalan Gambut
25570 Kuantan, Pahang Darul Makmur
Tel : 09-5164354 | Fax : 09-5162272

http://www.jbsn.gov.my/jbs-pahang

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 25-03-2026, 08:57:50

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search