PROGRAM AGIHAN BUBUR LAMBUK MAJLIS BELIA NEGERI PAHANG

PROGRAM AGIHAN BUBUR LAMBUK MAJLIS BELIA NEGERI PAHANG

KUANTAN, 1 Mac - Encik Nor Azli Mohamad Daud, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan (JBS) Negeri Pahang telah memenuhi jemputan hadir Program Agihan Bubur Lambuk anjuran Majlis Belia Negeri (MBN) Negeri Pahang di Padang MBK 1.  

Kehadiran bersama YB Tuan Fadzli Mohamad Kamal, Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi Dan Multimedia, Belia, Sukan dan Badan-Badan Bukan Kerajaan Negeri Pahang dan Saudara Encik Saharudin Ahmad, Presiden MBN Negeri Pahang turun memeriahkan program sempena Ramadhan ini.  

Program yang dianjurkan ini juga membuka ruang untuk beramah mesra di kalangan belia-belia dan kepimpinan negeri Pahang serta mengimarahkan Ramadhan dengan bersedekah.  
“Sedekah dalam Islam membawa keberkatan besar, termasuk menggandakan rezeki, menghapus dosa, dan menolak bala. Ia membersihkan harta serta jiwa, memberi ketenangan, menjamin naungan di akhirat dan menjadi jalan ke syurga.

Sedekah tidak mengurangkan harta, sebaliknya menjanjikan ganjaran berlipat kali ganda.”  

“JBS PAHANG, Number One” 

Disediakan Oleh:-
UcOM JBS Pahang

#TeamKBS #JBSNKomited
#MalaysiaMADANI #Pahang1st #teamjbspahang

Image
Tingkat 5, Wisma Persekutuan, Jalan Gambut
25570 Kuantan, Pahang Darul Makmur
Tel : 09-5164354 | Fax : 09-5162272

http://www.jbsn.gov.my/jbs-pahang

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 25-03-2026, 08:57:50

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search