KBPKS X MBD MARAN SATUKAN ANAK MUDA MELALUI E-SPORTS

KBPKS X MBD MARAN SATUKAN ANAK MUDA MELALUI E-SPORTS

MARAN, 28 Februari – Sukan elektronik atau ringkasnya e-Sports kini mempunyai tarikan tersendiri dalam kalangan anak muda yang meminati permainan dalam talian. Menyedari potensi tersebut, Kelab Belia Perwira Kampung Serengkam (KBPKS) dengan kerjasama Majlis Belia Daerah Maran (MBD Maran) telah menganjurkan program Lepak-lepak e-Sports pada 27 Februari yang lalu.  

Bertempat di Dewan Kampung Serengkam, seramai hampir 50 orang belia menyertai pertandingan santai yang berlangsung selepas solat tarawih. Program ini berjaya menghimpunkan anak muda dalam suasana harmoni, membuktikan bahawa semangat kesukanan bukan sahaja terhad di atas padang, malah turut berkembang dalam arena digital.   
Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh YH Dato' Jisshaelyz Hamzah, Penyelaras DUN Luit, Encik Radzi Rahimi, Pengerusi MTSP Maran, Dr. Mohamad Haikal Zakaria, Pengerusi MBD Maran serta Encik Farhan Faris Muhammad, Pengerusi KBPKS.  

Inisiatif ini jelas menunjukkan komitmen berterusan dalam memperkasa belia dan merapatkan hubungan komuniti akar umbi. PBSD Maran dan MBD Maran akan terus menyokong usaha anak muda Maran dalam melahirkan generasi muda Madani yang unggul dan berdaya saing.   

"JBS Pahang, Number One" 

Disediakan oleh :
PBSD Maran

#TeamKBS #JBSNKomited
#MalaysiaMADANI #Pahang1st #teamjbspahang

Image
Tingkat 5, Wisma Persekutuan, Jalan Gambut
25570 Kuantan, Pahang Darul Makmur
Tel : 09-5164354 | Fax : 09-5162272

http://www.jbsn.gov.my/jbs-pahang

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 01-04-2026, 15:51:40

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search