- JBS Pahang
- Hits: 16
MESYUARAT PENGURUSAN PBSD PEKAN BILAANGAN 1 TAHUN 2026
- JBS Pahang
- Hits: 16
PEKAN, 10 Februari- Pejabat Belia dan Sukan Daerah (PBSD) Pekan telah mengadakan Mesyuarat Pengurusan PBSD Pekan Bil. 1/2026 pada 6 Februari 2026 bagi tujuan menyelaras maklumat serta perancangan tahun 2026 di peringkat daerah. Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Encik Mohd Shahrizan Robuan, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Pekan.
Amanat Tuan Pengarah semasa Mesyuarat Pengurusan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Pahang yang diadakan di KRM Bera pada 29 hingga 30 Januari 2026 turut disampaikan dimana penekanan diberikan terhadap pengukuhan tadbir urus, peningkatan kualiti penyampaian perkhidmatan serta pelaksanaan program belia yang berimpak tinggi. Dalam mesyuarat ini juga dibincangkan perancangan setiap unit iaitu Belia, Sukan dan Rakan Muda untuk tahun 2026.
Warga kerja PBSD Pekan diingatkan agar terus mengekalkan semangat kerja berpasukan, komitmen dan berintegriti dalam melaksanakan amanah serta bertanggungjawab.
“JBS PAHANG, Number One”
Disediakan Oleh:-
PBSD Pekan
#TeamKBS #JBSNKomited
#MalaysiaMADANI #Pahang1st #teamjbspahang
