HARI HOUSEKEEPING KRM ROMPIN, TUNJANG PERSEKITARAN KERJA KONDUSIF

HARI HOUSEKEEPING KRM ROMPIN, TUNJANG PERSEKITARAN KERJA KONDUSIF


KRM ROMPIN, 11 Februari - Mewujudkan persekitaran kerja yang kondusif bukan sahaja bermanfaat kepada warga kerja Kompleks Rakan Muda (KRM) Rompin tetapi juga secara tidak lansung memberikan keselesaan kepada para pengunjung dan pengguna fasiliti.  

Demi kerana itu, warga kerja KRM Rompin telah bersama-sama melaksanakan Hari Housekeeping KRM Rompin bermula jam 10.00 pagi dengan kawasan sasaran adalah stor kecil dan bilik utiliti, hari ini.  

Melalui sesi housekeeping ini, pelbagai barangan yang rosak dan tidak boleh digunakan lagi telah dibuang manakala barangan berkategori aset, telah diasingkan untuk melalui proses pelupusan. Hasilnya, bilik utiliti yang pada mulanya sesak dan tidak teratur kini telah berjaya diperkemaskan dan lebih luas ruangan yang diperolehi kembali.  

Program housekeeping sebegini akan terus dilaksanakan oleh warga kerja KRM Rompin secara berkala demi memenuhi aspirasi perkhidmatan kerajaan kepada rakyat agar sentiasa berada dalam standard tertinggi dan berkesan.  

"JBS PAHANG, Number One" 

Disediakan Oleh:-
KRM Rompin

#TeamKBS#JBSNKomited#MalaysiaMADANI#Pahang1st#teamjbspahang

Image
Tingkat 5, Wisma Persekutuan, Jalan Gambut
25570 Kuantan, Pahang Darul Makmur
Tel : 09-5164354 | Fax : 09-5162272

http://www.jbsn.gov.my/jbs-pahang

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 25-03-2026, 08:57:50

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search