- JBS Pahang
- Hits: 24
PEMERIKSAAN ASET GIMNASIUM PBSD PEKAN
- JBS Pahang
- Hits: 24
PEKAN, 11 Februari – Pemeriksaan Aset gimnasium Pejabat Belia dan Sukan Daerah (PBSD) Pekan yang diketuai oleh Pegawai Aset Jabatan Belia dan Sukan Negeri Pahang, Encik Mohd Suhaizan Selamat bersama Encik Abdul Rahman Abdul Aziz telah dijalankan bagi tujuan memastikan semua peralatan berada dalam keadaan baik, selamat digunakan dan direkodkan dengan teratur.
Pemeriksaan ini turut dihadiri oleh Encik Mohd Shahrizan Robuan, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Pekan bersama warga kerja PBSD Pekan. Melalui pemeriksaan ini, aset-aset yang rosak, tidak ekonomik untuk dibaiki atau tidak selamat digunakan dapat dikenal pasti bagi tindakan pelupusan.
Pemeriksaan aset secara berkala ini diyakini mampu meningkatkan kecekapan pengurusan aset jabatan serta memastikan aset kerajaan diurus secara lebih sistematik, berintegriti dan berakauntabiliti.
"JBS PAHANG, Number One"
Disediakan Oleh:-
PBSD Pekan
#TeamKBS #JBSNKomited
#MalaysiaMADANI #Pahang1st #teamjbspahang
