- JBS Pahang
- Hits: 16
MESYUARAT DAN PERJUMPAAN BERSAMA SEKRETARIAT RAKAN MUDA IPT INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN KUALA LIPIS
- JBS Pahang
- Hits: 16
KUALA LIPIS, 11 Februari – Mesyuarat dan perjumpaan bersama Sekretariat Rakan Muda telah diadakan dengan jayanya di Bilik Mesyuarat Umar Al-Khattab Institut Pendidikan Guru Kampus Tengku Ampuan Afzan Kuala Lipis malam tadi.
Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Pegawai Belia dan Sukan Daerah Lipis, Encik Wan Jaimi Wan Mustaffa dan dihadiri oleh Pegawai dari Unit Hal Ehwal Pelajar Encik Mohd Firdaus Mustafa serta barisan kepimpinan serta ahli Sekretariat Rakan Muda. Tujuan utama perjumpaan ini adalah bagi membincangkan perancangan program tahun 2026, memperkukuh peranan Sekretariat serta menyelaras pelaksanaan aktiviti Rakan Muda di peringkat daerah.
Antara perkara yang dibincangkan termasuklah cadangan penganjuran program kesukarelawanan, sukan dan rekreasi, kepimpinan belia serta aktiviti berteraskan komuniti. Selain itu, sesi perkongsian idea dan cadangan turut diadakan bagi memastikan setiap perancangan dapat dilaksanakan dengan lebih teratur dan berkesan.
Mesyuarat diakhiri dengan simbolik penyerahan sijil penubuhan serta sesi bergambar. Diharapkan melalui perjumpaan ini, hubungan kerjasama antara pihak pengurusan dan Sekretariat Rakan Muda akan terus diperkukuh demi memastikan setiap program yang dirancang memberi manfaat kepada golongan belia secara menyeluruh.
"JBS PAHANG, Number One"
Disediakan Oleh:-
PBSD Lipis
#TeamKBS #JBSNKomited
#MalaysiaMADANI #Pahang1st #teamjbspahang
