- JBS Pahang
- Hits: 18
KUNJUNG HORMAT KELAB MEMANAH TRADISIONAL AL IRSYAD KE PBSD KUANTAN
- JBS Pahang
- Hits: 18
KUANTAN, 10 Februari – Seramai enam (6) orang Ahli Jawatankuasa Tertinggi Kelab Memanah Tradisional Al Irsyad telah mengadakan kunjung hormat ke Pejabat Belia dan Sukan Daerah (PBSD) Kuantan bagi mendapatkan khidmat nasihat berkaitan pengurusan dan pembangunan kelab, susulan kelulusan pendaftaran oleh Pesuruhjaya Sukan pada Disember lalu.
PBSD Kuantan menyambut baik inisiatif penubuhan kelab tersebut yang memberi tumpuan kepada pembangunan sukan memanah tradisional serta pencarian dan pembinaan bakat baharu dalam kalangan atlet muda di daerah Kuantan.
Pertemuan ini turut membincangkan potensi kerjasama pada masa akan datang termasuk perkongsian maklumat berkaitan peluang permohonan dana Kementerian Belia dan Sukan (KBS) yang telah dijelaskan oleh Puan Basyirah Zulkifli, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Kuantan. Diharapkan kerjasama ini dapat diteruskan bagi memeriahkan lagi aktiviti sukan memanah di daerah Kuantan.
"JBS PAHANG, Number One"
Disediakan Oleh:-
PBSD Kuantan
