SANTAI TAPI BERMAKNA : PBSD & MBD KUANTAN SEIRING MEMACU AGENDA BELIA

SANTAI TAPI BERMAKNA : PBSD & MBD KUANTAN SEIRING MEMACU AGENDA BELIA


KUANTAN, 11 Februari — Satu sesi perbincangan santai telah diadakan antara pihak Pejabat Belia dan Sukan Daerah (PBSD) Kuantan bersama Pengerusi Majlis Belia Daerah (MBD) Kuantan bertempat di PBSD.

Perbincangan tersebut melibatkan Puan Basyirah Zulkifli, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Kuantan, Tuan Haji Osman Bukhari serta Encik Mohamad Wafiuddin Mohd Noh, Pengerusi MBD Kuantan. Sesi ini bertujuan membincangkan hala tuju serta perancangan program belia di daerah ini, di samping memperkukuh kerjasama strategik antara kedua-dua pihak.

Diharapkan jalinan kerjasama ini akan terus diperkasakan bagi memastikan setiap program yang dirancang memberi manfaat optimum kepada golongan belia setempat.

"JBS PAHANG, Number One" 

Disediakan Oleh:-
PBSD Kuantan

#TeamKBS#JBSNKomited#MalaysiaMADANI#Pahang1st#teamjbspahang

Image
Tingkat 5, Wisma Persekutuan, Jalan Gambut
25570 Kuantan, Pahang Darul Makmur
Tel : 09-5164354 | Fax : 09-5162272

http://www.jbsn.gov.my/jbs-pahang

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 25-03-2026, 08:57:50

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search