- JBS Pahang
- Hits: 29
OPERASI HOUSEKEEPING PBSD RAUB PERKASA PERSEKITARAN KERJA KONDUSIF
- JBS Pahang
- Hits: 29
RAUB, April – Pejabat Belia dan Sukan Daerah (PBSD) Raub telah melaksanakan Aktiviti Housekeeping Pejabat sebagai inisiatif mempertingkatkan tahap kebersihan, kekemasan serta keselesaan persekitaran kerja dalam kalangan warga pejabat.
Aktiviti ini menyaksikan penglibatan menyeluruh kakitangan PBSD Raub yang bekerjasama menjalankan kerja-kerja pembersihan dan penyusunan semula di ruang kerja, bilik fail, stor simpanan, kaunter perkhidmatan serta kawasan persekitaran pejabat.
Selain itu, penekanan turut diberikan kepada aspek pengurusan rekod dan fail secara lebih sistematik, termasuk pengasingan serta pelupusan bahan yang tidak lagi diperlukan mengikut prosedur yang ditetapkan.
Pelaksanaan aktiviti ini bukan sahaja berjaya mewujudkan suasana pejabat yang lebih tersusun dan selesa, malah turut menyemai nilai kerjasama berpasukan, disiplin serta rasa tanggungjawab dalam kalangan warga kerja. Persekitaran yang teratur dan kondusif diyakini mampu menyokong peningkatan produktiviti serta mutu penyampaian perkhidmatan kepada pelanggan.
Diharapkan amalan menjaga kebersihan dan kekemasan pejabat ini dapat diteruskan secara konsisten demi memastikan suasana kerja sentiasa berada pada tahap terbaik.
"JBS PAHANG, Number One"
