MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KELAB BELIA BELIAWANIS KAMPUNG LECHAR & TANJUNG PUTUS (PBLKTP) BILANGAN 8/2026 BERLANGSUNG LANCAR

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KELAB BELIA BELIAWANIS KAMPUNG LECHAR & TANJUNG PUTUS (PBLKTP) BILANGAN 8/2026 BERLANGSUNG LANCAR


RAUB, Jun – Kelab Belia Beliawanis Kampung Lechar & Tanjung Putus (PBLKTP) telah berjaya mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan Bilangan 8/2026 dengan kehadiran seramai 30 orang ahli belia bertempat di Dewan Orang Ramai Kg. Lechar.   

Mesyuarat yang berlangsung dalam suasana harmoni dan penuh semangat kekeluargaan ini bertujuan membentangkan laporan aktiviti serta pencapaian kelab sepanjang tahun, selain membincangkan perancangan program dan hala tuju organisasi bagi tahun 2026.   

Turut hadir memeriahkan mesyuarat ialah Encik Khairul Akmar Kamaruzaman selaku Wakil Pengerusi JPKK Kampung Lechar, Encik Muhammad Amir Ansari Mohd Sukeri sebagai Pemantau daripada Majlis Belia Daerah Raub (MBD Raub) serta Encik Rosshazelan Sulaiman, Penolong Pegawai Belia dan Sukan Daerah Raub. Kehadiran para jemputan ini mencerminkan sokongan padu terhadap pembangunan belia di peringkat komuniti.   

Dalam mesyuarat tersebut, ahli-ahli turut diberikan ruang untuk mengemukakan cadangan dan pandangan bagi memperkukuhkan lagi peranan kelab dalam melaksanakan program-program yang memberi manfaat kepada golongan belia setempat. Perbincangan yang dijalankan secara terbuka dan konstruktif telah menghasilkan pelbagai idea baharu yang berpotensi untuk dilaksanakan pada masa akan datang.   

Mesyuarat Agung Tahunan ini juga menjadi platform penting dalam memastikan tadbir urus persatuan terus diperkasakan serta melahirkan barisan kepimpinan yang berwibawa dalam menerajui aktiviti belia di Kampung Lechar dan Tanjung Putus.   

Diharapkan Kelab Belia Beliawanis Kampung Lechar & Tanjung Putus akan terus aktif merancang dan melaksanakan pelbagai program pembangunan belia yang selari dengan aspirasi Kementerian Belia dan Sukan dalam melahirkan belia yang progresif, berdaya saing dan berakhlak mulia.   

"JBS PAHANG, Number One"  

Disediakan oleh:-
PBSD Raub
#TeamKBS
#JBSNKomited
#MalaysiaMADANI
#Pahang1st
#teamjbspahang

Image
Tingkat 5, Wisma Persekutuan, Jalan Gambut
25570 Kuantan, Pahang Darul Makmur
Tel : 09-5164354 | Fax : 09-5162272

http://www.jbsn.gov.my/jbs-pahang

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 06-08-2026, 10:16:28

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search