PEGAWAI BELIA DAN SUKAN DAERAH ROMPIN HADIR MERASMIKAN MAJLIS PENUTUP KEJOHANAN OLAHRAGA TAHUNAN SMK ROMPIN

PEGAWAI BELIA DAN SUKAN DAERAH ROMPIN HADIR MERASMIKAN MAJLIS PENUTUP KEJOHANAN OLAHRAGA TAHUNAN SMK ROMPIN


ROMPIN, 3 Jun - Kejohanan Olahraga Tahunan (KOT) kali ke-51 Sekolah Menengah Kebangsaan Rompin (RoSeS) telah berlangsung dengan penuh meriah dan semangat kesukanan yang tinggi. Majlis penutup kejohanan ini telah disampaikan oleh Encik Khairunnaim Muslimin, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Rompin, yang hadir sebagai perasmi penutupan. Kehadiran beliau memberikan suntikan semangat kepada para pelajar, guru, serta ibu bapa yang turut sama memeriahkan acara kemuncak ini.   

Kejohanan kali ini menyaksikan persaingan sengit antara empat rumah sukan utama iaitu Biru, Kuning, Merah, dan Hijau. Setiap rumah telah menampilkan atlet yang berbakat dan berdisiplin, dengan semangat juang yang tinggi di setiap acara. Sorakan gemuruh daripada rakan-rakan sepasukan dan ibu bapa menambahkan lagi suasana meriah serta memberi motivasi kepada para peserta.   

Dalam ucapan penutup, Encik Khairunnaim menekankan bahawa kejohanan seperti ini bukan sahaja melahirkan atlet yang cemerlang, tetapi juga membentuk sahsiah pelajar melalui nilai-nilai murni seperti disiplin, kerjasama, dan semangat kesukanan. Beliau turut mengucapkan tahniah kepada semua pihak yang terlibat, khususnya anak-anak RoSeS yang telah menunjukkan prestasi membanggakan sepanjang kejohanan.  

Kejayaan KOT kali ke-51 ini menjadi bukti bahawa usaha berterusan, sokongan padu, dan semangat kesukanan mampu melahirkan generasi pelajar yang bukan sahaja cemerlang dalam bidang akademik, tetapi juga aktif dalam bidang kokurikulum. Syabas diucapkan kepada semua warga RoSeS atas kejayaan penganjuran yang gemilang ini.  

Sumber : SMK Rompin Rasmi

"JBS PAHANG, Number One" 

Disediakan Oleh:-
PBSD Rompin

#teamKBS
#JBSNKomited
#MalaysiaMADANI
#Pahang1st
#teamjbsPahang

Image
Tingkat 5, Wisma Persekutuan, Jalan Gambut
25570 Kuantan, Pahang Darul Makmur
Tel : 09-5164354 | Fax : 09-5162272

http://www.jbsn.gov.my/jbs-pahang

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 06-08-2026, 08:44:54

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search