- JBS Pahang
- Hits: 35
SENAMROBIK CERIAKAN PESERTA SEPANJANG KURSUS PENGURUSAN KEWANGAN DAN PEROLEHAN KBS SIRI 1/2026
- JBS Pahang
- Hits: 35
CAMERON HIGHLANDS, April — Program senamrobik yang diadakan sepanjang Kursus Pengurusan Kewangan dan Perolehan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) Siri 1/2026 berjaya menyuntik semangat dan tenaga positif kepada para peserta.
Bertempat di Copthorne Hotel Cameron Highlands, kursus yang berlangsung selama tiga hari dua malam bermula 27 April hingga 30 April 2026 itu turut diserikan dengan aktiviti senamrobik yang diadakan setiap pagi sebelum sesi kursus bermula.
Inisiatif ini bertujuan memastikan peserta berada dalam keadaan cergas dan bersedia dari segi fizikal serta mental sepanjang mengikuti pengisian kursus. Pendekatan ini juga membantu meningkatkan fokus dan interaksi dalam kalangan peserta.
Warga Pejabat Belia dan Sukan Daerah (PBSD) Cameron Highlands turut sama menyertai aktiviti tersebut, yang diketuai oleh Encij Mohd Syukri Aziz. Penyertaan aktif semua pihak menjadikan suasana lebih meriah dan penuh motivasi.
Penganjuran senamrobik secara konsisten dari hari pertama hingga hari terakhir kursus membuktikan komitmen pihak penganjur dalam menggalakkan gaya hidup sihat, di samping menyokong keberkesanan pembelajaran sepanjang program berlangsung.
Senamrobik Ceriakan Peserta Sepanjang Kursus Pengurusan Kewangan dan Perolehan KBS Siri 1/2026
"JBS PAHANG, Number One"
