- JBS Pahang
- Hits: 14
SMK PERANTAU DAMAI INGIN MELAHIRKAN PENYERTAAN ARPRM BERMULA 2026
- JBS Pahang
- Hits: 14
ROMPIN, Jun - Seramai lebih 400 orang pelajar berumur 13 hingga 16 tahun dari SMK Perantau Damai telah mengikuti Taklimat Program Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM) yang berlangsung di Dewan Seri Permai sekolah tersebut.
Taklimat berkenaan telah disampaikan oleh Puan Noorul Ain Kamar Zaman, Pemimpin ARPRM Badan Operasi Pejabat Belia dan Sukan Daerah Rompin. Beliau menekankan kepentingan penglibatan belia dalam program ini, selain memberi penerangan terperinci mengenai kaedah pelaksanaan serta manfaat penyertaan dalam program ARPRM yang merangkumi 3 tahap iaitu Gangsa, Perak dan Emas. Program ini adalah program pengiktirafan di Peringkat Antarabangsa.
Program ini juga bertujuan melahirkan generasi muda yang berdaya saing, berdisiplin serta mampu menyumbang kepada pembangunan komuniti. Kehadiran pelajar menunjukkan minat mendalam terhadap usaha memperkasa belia melalui platform yang disediakan oleh Kementerian Belia dan Sukan Malaysia.
Dengan berlangsungnya taklimat ini, diharapkan para pelajar dapat memahami dengan lebih jelas peranan mereka sebagai peserta aktif dalam menjayakan agenda pembangunan belia negara.
"JBS PAHANG, Number One"
Disediakan Oleh:-
PBSD Rompin
#teamKBS
#JBSNKomited
#MalaysiaMADANI
#Pahang1st
#teamjbsPahang
