- JBS Pahang
- Hits: 13
SINERGI RAKAN MUDA : TAKLIMAT 10 GAYA HIDUP RAKAN MUDA BERSAMA 532 PELATIH LATIHAN WIRA MUDA NEGARA SIRI 2/2026
- JBS Pahang
- Hits: 13
PEKAN, Jun - Seramai 532 orang pelatih Latihan Wira Muda Negara Siri 2/2026 berhimpun bagi mengikuti taklimat Inisiatif Rakan Muda di Cawangan Latihan Khidmat Negara 505 Pekan, Pahang yang disampaikan oleh Puan Nor Hashekin Abdul Aziz, Penolong Pengarah Rakan Muda, Jabatan Belia dan Sukan (JBS) Negeri Pahang.
Sesi ceramah yang berlangsung dalam suasana penuh semangat dan interaktif ini memfokuskan kepada pengisian modul jati diri, pembangunan sahsiah, serta peranan penting golongan remaja dalam memacu agenda masa depan negara melalui 10 gaya hidup Rakan Muda.
Beliau turut menggalakkan para peserta untuk terus aktif melibatkan diri dalam pelbagai gaya hidup Rakan Muda sebaik sahaja tamat latihan bagi mengekalkan momentum impak positif dalam komuniti.
Syabas diucapkan kepada semua pelatih atas komitmen yang luar biasa, serta penghargaan kepada pihak pengurusan PLKN atas ruang kolaborasi yang bermakna ini demi kelestarian modal insan belia negeri Pahang!
“JBS PAHANG, Number One”
Disediakan oleh:
Bahagian Pembangunan Rakan Muda
#teamKBS
#MalaysiaMADANI
#Pahang1st
#teamJBSPahang
#RakanMudaOfficial
