PBSD RAUB UCAP TAHNIAH ATAS PELANTIKAN SEBAGAI KBSi TRAINER

PBSD RAUB UCAP TAHNIAH ATAS PELANTIKAN SEBAGAI KBSi TRAINER


RAUB, 5 Jun – Pejabat Belia dan Sukan Daerah (PBSD) Raub merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada Presiden Kelab Senamrobik Aspirasi (KSeA), Puan Kartini Abdul Rahim atas pelantikan beliau sebagai Trainer Instruktor Kecergasan Senamrobik Kementerian Belia dan Sukan (KBSi Trainer).

Pelantikan ini merupakan satu pengiktirafan yang amat bermakna hasil daripada komitmen, dedikasi serta pencapaian cemerlang beliau dalam bidang kecergasan dan pembangunan sukan komuniti. Pelantikan tersebut juga membuktikan bahawa beliau telah memenuhi segala kriteria yang ditetapkan oleh Kementerian Belia dan Sukan untuk memegang peranan sebagai jurulatih instruktur kecergasan di peringkat kebangsaan.   

PBSD Raub yakin pengalaman, pengetahuan serta kepakaran yang dimiliki oleh Puan Kartini mampu menyumbang kepada usaha memperkasa budaya hidup sihat dan aktif dalam kalangan masyarakat, khususnya golongan belia. Peranan sebagai KBSi Trainer juga akan membuka lebih banyak peluang untuk melahirkan komuniti yang cergas, sihat dan produktif sejajar dengan aspirasi Malaysia MADANI.  

Semoga pelantikan ini menjadi pemangkin kepada kejayaan yang lebih gemilang dan terus memberi inspirasi kepada masyarakat setempat untuk melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti kecergasan serta gaya hidup sihat. Tahniah dan selamat menjalankan amanah!  

"JBS PAHANG, Number One"  

Disediakan oleh:-
PBSD Raub

#TeamKBS
#JBSNKomited
#MalaysiaMADANI
#Pahang1st
#teamjbspahang

Image
Tingkat 5, Wisma Persekutuan, Jalan Gambut
25570 Kuantan, Pahang Darul Makmur
Tel : 09-5164354 | Fax : 09-5162272

http://www.jbsn.gov.my/jbs-pahang

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 06-08-2026, 08:44:54

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search