- JBS Pahang
- Hits: 61
Belia Raub Komited Menjayakan Semarak Hari Belia Negara Peringkat Daerah Raub 2025
- JBS Pahang
- Hits: 61
Raub, 6 Mei - Mesyuarat Penyelarasan Semarak Hari Belia Negara Peringkat Daerah Raub 2025 telah diadakan pada 5 Mei 2025 (Isnin) jam 6.00 petang di Majlis Belia Daerah Raub.
Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Encik Nur Amin Nor Azahar, Pengerusi Majlis Belia Daerah (MBD) Raub dengan dihadiri oleh semua Ahli Jawatankuasa MBD Raub. Turut hadir ialah Encik Sophian Tukiman, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Raub serta Encik Rosshazelan Sulaiman, Penolong Pegawai Belia Dan Sukan Daerah Raub.
Antara intipati mesyuarat ialah gerak kerja pelaksanaan Semarak Hari Belia Negara peringkat Daerah Raub yang dijangka akan dilaksanakan pada 10 Mei ini di Kompleks Rakan Muda Raub. Diharapkan semua perancangan yang telah diatur berjalan dengan jayanya.
#TeamKBS
#Pahang1st
#JBSNBersama
#TeamJBSPahang
#RakanMuda
#YakinBoleh