Sukan Rakyat MKM Maran Meriah



MARAN, 6 Mei - Pejabat Belia dan Sukan Daerah (PBSD) Maran telah dilantik menjadi penyelaras bagi aktiviti Sukan Rakyat untuk Program Moh Karnival Makmur (MKM) Maran 2025 pada 3 Mei 2025 yang lalu.  Bertempat di Padang Felda Jengka 5, aktiviti Sukan Rakyat bermula dengan Fun Run 2.5km, Sukaneka, Tarik Tali, Sepak Penalti dan ‘Netball Shoot’ mengisi hampir keseluruhan padang awam Felda Jengka 5 seawal jam 7.30 pagi. 

Aktiviti menjadi meriah dengan kehadiran kanak-kanak, belia dan golongan dewasa semasa pelepasan Fun Run yang disempurnakan oleh YH Dato’ Khairunnissa Aris, Pegawai Daerah Maran diiringi oleh Encik Imran Isnin, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Maran serta tetamu jemputan yang lain. 

Untuk makluman, Program MKM Maran yang berlangsung bermula pada 2 hingga 4 Mei ini menghimpunkan pelbagai program untuk semua peringkat umur antaranya Ceramah Agama, Pertandingan Gubahan Barang Kitar Semula, Jualan Rahmah, Exco Talk, Pertandingan Dapur Makmur, Sukan Rakyat, Jualan Rahmah, Rentak Malam Moh Makmur dan banyak lagi. 

Program anjuran Pejabat Daerah dan Tanah Maran mendapat kerjasama dari pelbagai jabatan dan agensi dalam daerah Maran termasuk badan badan bukan kerajaan yang telah dilantik. PBSD Maran berbesar hati dapat melaksanakan Sukan Rakyat pada kali ini dan berharap program yang baik ini dapat diadakan pada tahun hadapan. PBSD Maran bersama !

Disediakan oleh :
PBSD Maran 

#pbsdmaran 
#TeamKBS
#Pahang1st
#JBSNBersama
#TeamJBSPahang
#RakanMuda 
#YakinBoleh

Image
Tingkat 5, Wisma Persekutuan, Jalan Gambut
25570 Kuantan, Pahang Darul Makmur
Tel : 09-5164354 | Fax : 09-5162272

http://www.jbsn.gov.my/jbs-pahang

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 03-10-2025, 11:13:28

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search