Rakan Belia Yadim Pemangkin Kepimpinan Belia

ROMPIN, 6 Mei – Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia (BPKB) Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dengan kerjasama Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) telah menganjurkan Program Kem Kepimpinan Rakan Belia YADIM (RBY) Peringkat Zon Timur pada 2 hingga 4 Mei yang lalu bertempat di Kompleks Rakan Muda (KRM) Rompin.

Seramai 100 orang peserta dari Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Zon Timur telah dihimpunkan bagi mengikuti modul dan aktiviti yang telah disediakan oleh para fasilitator. Pelbagai kemudahan yang tersedia di KRM Rompin telah digunakan sepanjang penganjuran program ini seperti dewan kuliah utama (latihan dalam kumpulan dan ceramah), blok penginapan asrama (lelaki dan perempuan), rumah tamu, surau (solat berjemaah dan qiamullail), dewan makan dan padang (senaman pagi dan rekreasi petang). Slot khidmat bakti bersama masyarakat telah dilaksanakan melalui aktiviti pembersihan kawasan Pantai Bernas Rompin yang turut mendapat kerjasama dan sokongan daripada Jawatankuasa Pembangunan Komuniti Kampung (JPKK) Pantai Bernas.

Majlis Penutupan Program Kem Kepimpinan RBY Zon Timur ini telah disempurnakan oleh Encik Shahrizal Mat, Pengarah Bahagian Kepimpinan Muda YADIM dengan diiringi oleh Encik Alwi Muda, Pengarah YADIM Negeri Pahang dan Encik Khairunnaim Muslimin, Pegawai Belia Dan Sukan Daerah Rompin. Semoga KRM Rompin kekal menjadi pilihan YADIM dalam penganjuran program-program yang akan datang dan pastinya KRM Rompin akan sentiasa memastikan mutu perkhidmatan terbaik kepada para pengguna kemudahan kami.

#TeamKBS
#Pahang1st
#JBSNBersama
#TeamJBSPahang
#RakanMuda
#YakinBoleh

Disediakan oleh:-
KRM Rompin

Image
Tingkat 5, Wisma Persekutuan, Jalan Gambut
25570 Kuantan, Pahang Darul Makmur
Tel : 09-5164354 | Fax : 09-5162272

http://www.jbsn.gov.my/jbs-pahang

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 03-10-2025, 11:13:28

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search