- JBS Pahang
- Hits: 80
Empat Peserta Arprm Tahap Emas Hadiri Bengkel Pembangunan Kertas Kerja Projek Penempatan
- JBS Pahang
- Hits: 80
KUANTAN, 6 Mei - Pejabat Belia dan Sukan Daerah (PBSD) Kuantan telah melaksanakan Bengkel Pembangunan Kertas Kerja Projek Penempatan Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM) bagi memberi pemahaman dan pendedahan kepada empat orang peserta yang terdiri daripada bekas pelajar Pembangunan Tamadun Masyarakat Asli (PETAMA).
Tujuan bengkel ini diadakan bagi menyediakan Kertas Kerja Projek Penempatan untuk mendapatkan kelulusan pihak Jabatan Belia dan Sukan Negara. Ia juga bagi mengemaskini buku log serta penerangan tentang penyediaan laporan emas ARPRM.
Bengkel yang bermula pada jam 9.00 pagi ini telah dikendalikan oleh Encik Razi Musa@Ahmad selaku Pengurus PETAMA bersama Pemimpin dari Jabatan Belia dan Sukan Negeri Pahang, Puan Zunaidah Mat Yusof dan Pemegang Emas ARPRM Negeri Pahang, Cik Nur Aisyah Alias.
Semoga usaha yang ditunjukkan ini akan dapat membantu menyumbang pencapaian Tahap Emas ARPRM di kalangan peserta PETAMA khususnya dan belia lain yang berminat terhadap program-program Rakan Muda umumnya.
Disediakan Oleh:
PBSD Kuantan
#teamKBS
#JBSNBersama
#pahang 1 st
#teamjbspahang
#RakanMuda
#YakinBoleh