- JBS Pahang
- Hits: 182
Majlis Perundingan Belia Negara Peringkat Daerah Raub Tahun 2025
- JBS Pahang
- Hits: 182
RAUB, 6 Mei – Persidangan Majlis Perundingan Belia Negara (MPBN) Peringkat Daerah Raub Penggal ke 35, Tahun 2025-2026 telah berlangsung pada 5 Mei 2025 (Isnin) jam 2.00 petang di Bilik Mesyuarat Orkid, Majlis Daerah Raub.
Persidangan ini dipengerusikan oleh Ketua Penolong Pegawai Daerah Raub, Encik Khairul Fahmi Yusof, wakil rasmi Pegawai Daerah Raub dan turut dihadiri oleh wakil-wakil agensi kerajaan, ahli Jawatankuasa Majlis Belia Daerah Raub, badan-badan gabungan, serta NGO jemputan khas.
Persidangan ini merupakan platform perundingan yang melibatkan sesi libat urus antara pemimpin pertubuhan belia daerah bersama wakil agensi kerajaan, bertindak sebagai badan perunding dan penasihat dalam isu-isu pembangunan belia setempat, khususnya di Daerah Raub.
Antara usul yang telah dibahaskan dalam persidangan kali ini, iaitu Memperkasakan Pembangunan Ekonomi dan Sahsiah Belia. Usul ini selaras dengan usaha merealisasikan matlamat Dasar Pembangunan Belia Negara.
Tahniah diucapkan kepada semua pemimpin belia Daerah Raub yang telah bersama menjayakan program ini demi merealisasikan aspirasi belia dan negara.
Disediakan Oleh:
PBSD Raub
#TeamKBS
#Pahang1st
#JBSNBersama
#TeamJBSPahang
#RakanMuda
#YakinBoleh