Mesyuarat Penyelarasan Semarak Hari Belia Negara (SHBN) X UMPSA Youth Mania


KUANTAN, 6 Mei - Pihak Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) bersedia menjalinkan kerjasama strategik bersama Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kuantan dalam menjayakan Semarak Hari Belia Negara (SHBN) Daerah Kuantan bersempena UMPSA Youth Mania yang akan berlangsung pada 15 hingga 18 Mei 2025 ini. 

Mesyuarat tersebut telah dipengerusikan oleh Puan Haryani Abdullah selaku Pengurus Besar Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (JHEPA), UMPSA dan disertai oleh Pegawai Belia dan Sukan Daerah Kuantan, Pengerusi Majlis Belia Daerah Kuantan, Pengerusi Kelab Kecergasan Sukan Indera Mahkota dan kakitangan UMPSA. 

Pelbagai aktiviti menarik telah dirancang sepanjang program tersebut termasuk Port Healing Kesihatan Mental "Peluk Diri, Sayang Minda" bersama Dr. Malar Santhi yang merupakan pengamal perubatan dan pempengaruh media sosial yang terkenal, Port Santai Janji Sampai bersama pempengaruh media sosial, Ustaz Iddin Ramli, Port Fit Malaysia Pertandingan Aerobikthon Edition, Port Seni Persembahan Tarian, Silat, Gendang dan Konsert Melankolik, Port Jana Duit, Pavilion Rakan Muda - Pengenalan Rakan Muda, 10 Gaya Hidup Rakan Muda, ARPRM dan Kuiz, serta Pavillion Majlis Belia Daerah - promosi keahlian baru dan pertubuhan belia. 

Disediakan Oleh;-
PBSD Kuantan

#teamKBS
#JBSNBersama
#pahang 1 st
#teamjbspahang
#yakin boleh

Image
Tingkat 5, Wisma Persekutuan, Jalan Gambut
25570 Kuantan, Pahang Darul Makmur
Tel : 09-5164354 | Fax : 09-5162272

http://www.jbsn.gov.my/jbs-pahang

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 03-10-2025, 11:13:28

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search