KUNJUNG HORMAT PERSATUAN SUKAN ELEKTRONIK NEGERI PAHANG BERSAMA PENGARAH JABATAN BELIA DAN SUKAN NEGERI PAHANG

 

Jabatan Belia dan Sukan Negeri Pahang amat menghargai kerjasama pelbagai pihak serta pemegang taruh dalam pemerkasaan pembangunan belia dan sukan di Negeri Pahang khususnya. Encik Nor Azli Mohamad Daud yang baharu melapor diri selaku Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Pahang menyambut mesra kunjungan hormat dari Persatuan Sukan Elektronik Negeri Pahang. 

Persatuan Sukan Elektronik Negeri Pahang yang diteraju oleh Husyin Bin Abd Murat
Saelaku Presiden telah bertapak di Negeri Pahang semenjak tahun 2019. Persatuan ini aktif mengadakan pelbagai program yang berkaitan dengan sukan elektronik seperti permainan Mobile Legends Bang Bang (MLBB), eFootball (PES), PUBG dan lain- lain lagi. Semenjak dari penubuhan, persatuan ini bergiat aktif dalam membuat pelbagai pembaharuan terutama sekali melibatkan pembangunan atlet esukan dan juga melahirkan karyawan esukan seperti atlet sukan, caster, marshall dan juga event organizer.

Kunjung hormat ini khususnya bertujuan untuk membentangkan hala tuju persatuan dan sekali menjadi sesi taaruf bersama pengarah baharu yang bakal menerajui pucuk pimpinan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Pahang. Semoga jalinan kerjasama ini menjadi permulaan yang baik kepada pembangunan sukan elektronik di Negeri Pahang khususnya.

Image
Tingkat 5, Wisma Persekutuan, Jalan Gambut
25570 Kuantan, Pahang Darul Makmur
Tel : 09-5164354 | Fax : 09-5162272

http://www.jbsn.gov.my/jbs-pahang

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 03-10-2025, 11:13:28

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search