- JBS Negeri Sembilan
- Hits: 119
Program Rakan Muda-Rakan Prihatin : Mobilisasi Sukarelawan Anak Malaysia (SATRIA)-Siri 2 Tahun 2024 Peringkat Daerah Kuala Pilah
Program Rakan Muda-Rakan Prihatin : Mobilisasi Sukarelawan Anak Malaysia (SATRIA)-Siri 2 Tahun 2024 Peringkat Daerah Kuala Pilah
29 November 2024 (Jumaat) Kuala Pilah - Telah berlangsung Program Rakan Muda-Rakan Prihatin : Mobilisasi Sukarelawan Anak Malaysia (SATRIA) Siri 2 Tahun 2024 Peringkat Daerah Kuala Pilah bertempat di sekitar Bandar Diraja Seri Menanti, Kuala Pilah.
Program ini anjuran Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kuala Pilah beserta institusi/organisasi yang menjadi rakan kerjasama pelaksana iaitu Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Pilah, Jawatankuasa Masjid Diraja Seri Menanti, MAYC Kuala Pilah & SMK Tunku Besar Burhanuddin, Seri Menanti (SMK TBB).
Program ini disertai seramai 70 peserta dan 15 Ahli Jawatankuasa Masjid Diraja Seri Menanti. Antara pengisian program adalah Taklimat ringkas program, Aktiviti Senamrobik yang diketuai Instruktor Senamrobik, Cik Syafiqah Nurul Ain binti Mohd Nasaruddin dan kerja-kerja pembersihan di tiga (3) tempat iaitu Padang Awam Seri Menanti, Masjid Diraja Seri Menanti dan perkarangan SMK Tunku Besar Burhanuddin, Seri Menanti.
Bersama dalam program ini ialah Encik Nor Rashidi bin Hj. Ramdzan (Pegawai Belia dan Sukan Daerah Kuala Pilah), Encik Rahmat bin Ibrahim (Pen. PPD Kuala Pilah: Ko-Kurikulum), Encik Ramli bin Zainuddin (GPK Ko-Kurikulum SMK TBB), Puan Selamah binti Pilus (GPK Akademik SMK TBB), Puan Normawati binti Zakariah (GPK-HEM SMK TBB), Guru-guru dan Pemimpin ARPRM SMK TBB, Encik Syaiful Azlan bin Abdul Jalil dan Encik Izhar bin Kamis (Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kuala Pilah).
Dengan adanya program seperti ini, diharapkan ianya dapat menyemarakkan lagi semangat kesukarelaan dikalangan orang muda dan rasa prihatin yang tinggi kepada masyarakat sekeliling.
Semoga program seperti ini dapat dilaksanakan lagi pada masa-masa yang akan datang demi mengekalkan falsafah "Kesukarelaan pemangkin jiwa murni masyarakat".
- JBS Negeri Sembilan
- Hits: 119
