- JBS Negeri Sembilan
- Hits: 59
PROGRAM MOBILISASI SKUAD IHSAN MADANI SUKARELAWAN ANAK MALAYSIA (SATRIA) PERINGKAT DAERAH TAMPIN 2025
- JBS Negeri Sembilan
- Hits: 59
Gemencheh, 16 Jun 2025 - Sukarelawan ialah seseorang yang mempunyai minat mendalam terhadap aktiviti yang bertujuan membantu orang lain dan terlibat secara langsung dalam kegiatan kesukarelawanan tanpa mengharapkan sebarang ganjaran atau bayaran. Sempena Karnival Kesihatan Puspanita Cawangan Daerah Tampin yang diadakan 2 tahun sekali bertempat di Dataran Kampung Tengah Gemencheh, pejabat ini turut serta dalam menyertai di dalam pengisian program Derma Darah yang disertai oleh agensi sekitar Tampin. Agensi yang terlibat adalah anggota dari IPD Tampin, Pasukan RELA Daerah Tampin, anggota dari Kem Syed Sirajuddin Gemas serta penduduk setempat yang hadir di karnival ini. Unit Tabung Darah Hospital Tampin memberikan komitmen yang sangat tinggi, malahan kerjasama yang ditunjukkan oleh doktor pakar dan ketua unit juga sangat memberangsangkan.
Seramai 93 orang penderma yang hadir untuk saringan menderma darah dengan sebanyak 19 orang yang dinasihatkan untuk tidak meneruskan menderma atas sebab-sebab kesihatan. Bermula jam 9.00 pagi, kaunter pendaftaran dipenuhi dengan penderma-penderma yang sangat bersemangat sesuai dengan slogan dari Kementerian Kesihatan Malaysia pada tahun 2025 “"Derma Darah, Semai Harapan: Bersama Selamatkan Nyawa’’.
Perasmian karnival ini telah disempurnakan oleh YB Dato' Mohd Isam bin Mohd Isa selaku Ahli Parlimen Tampin. Majlis turut diserikan dengan kehadiran YB Tuan Suhaimizan bin Bizar selaku ADUN Kawasan Gemencheh , Tuan Mohd Fadhil bin Hassan Pegawai Daerah Tampin dan Pn. Suriani binti Salihan Yang Dipertua Majlis Daerah Tampin serta En Mohd Rasdi bin Ahmaddani Pegawai Belia dan Sukan Daerah Tampin.
Rakan Muda Rakan Prihatin.
#teamKBS
#teamJBSN
#teamJBSN9
#JBSNbersama
#rakanmuda
#teampbsdtampin