Lenggeng 30 Jun 2026 – Program Kemahiran Latihan Asas Sukan (KLAS) Renang Fasa 1 Tahun 2026 (Kanak-Kanak B40) bertempat di Kolam Renang Mahkota Hills Club House, Lenggeng telah melabuhkan tirai dengan kehadiran seramai 40 orang peserta. Program ini mendapat sambutan yang menggalakkan dari pelbagai kaum dan penglibatan Sekolah Kebangsaan dalam kawasan Lenggeng. Rata-rata peserta menunjukkan komitmen yang tinggi dengan kehadiran penuh bagi semua sesi yang dilaksanakan. Bermula 08 hingga 30 Jun 2026, program in telah dilaksanakan dengan pengisian yang cukup menarik sehingga rata-rata peserta dapat menguasai teknik-teknik asas berenang disamping dapat menyihatkan badan dalam mengamalkan gaya hidup aktif.
Majlis Perasmian Penutup program telah dirasmikan oleh Encik Azharizal bin Santib, Penolong Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan. Turut hadir dalam majlis ini adalah Encik Fahidan bin Ibrahim, Pengerusi Kelab Renang Gators, Guru Besar SK Lenggeng dan ibu bapa peserta. Diharapkan semoga program KLAS Renang ini akan dilaksanakan lagi pada masa akan datang. Ada peserta yang memberi maklum balas untuk meneruskan program ini lagi bagi sesi yang akan datang dan tambahan dari 6 sesi menjadi 10 sesi.
#TeamJBSN #TeamKBS #JBSNKomited #teamjbsns #MenggerakBeliaMadani #KLAS
Taufiq Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
KBSMalaysia
- JBS Negeri Sembilan
- Hits: 8
