*MAJLIS PERUNDINGANG BELIA NEGARA (MPBN) PERINGKAT NEGERI SEMBILAN, SIDANG II, PENGGAL KE-35, SESI 2025-2026 TAHUN 2026*

2 Oktober 2026 | Jumaat - Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan dengan kerjasama Majlis Belia Negeri Sembilan telah melaksanakan Majlis Perundingan Belia Negara (MPBN) Peringkat Negeri Sembilan Sidang II, Penggal-35 Sesi 2025-2026 Tahun 2026 pada 2 Oktober 2026 bertempat di Majlis Bandaraya Seremban, Forest Height, Seremban.
Majlis telah dipengerusikan oleh YAB Dato’ Haji Ismail Bin Haji Lasim, Menteri Besar Negeri Sembilan. Turut bersama Encik Ahmad Syariffuddin Bin Sarmin, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan, Encik Fairos Bin Rusli, Presiden Majlis Belia Negeri Sembilan, YB Adun-adun, Ketua-ketua Jabatan, serta Ahli-ahli majlis MPBN Negeri Sembilan.
Majlis ini telah mengupas sebanyak tiga (3) usul yang melibatkan kluster Ekonomi, Kesejahteraan Masyarakat dan Industri Pelancongan. Semoga dengan platform seperti ini dapat membincangkan isu dan masalah yang dihadapi dalam proses pembangunan belia di Negeri Sembilan dan platform ini bertujuan untuk meneroka demensi baru dalam agenda pembangunan belia selaras dengan senario perubahan semasa.
#TeamKBS
#TeamJBSN
#teamjbsn9
#mpbnn9
#MenggerakBeliaMadani
#MajlisBeliaNegeriSembilan
#belia
Taufiq Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
KBSMalaysia
belia.my
Rakan Muda

Image
D/A Kompleks Belia Dan Sukan Paroi
70400 Seremban Negeri Sembilan
Tel : 06-7613163/06-7641480 | Fax : 06-7625569

jbsn9@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-n9

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 18-10-2026, 01:37:06

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search