Sambutan Hari Malaysia akan menyatukan kita dalam satu ikatan keluarga yang berbilang kaum dan agama dengan semangat penuh keharmonian, kebersamaan dan saling hormat-menghormati. Justeru, sudah semestinya kita perlu menghayati prinsip Rukun Negara sebagai panduan dalam membina generasi yang berilmu, berintegriti dan bertanggungjawab demi masa depan Malaysia secara bersama. JBS Negeri Sembilan akan terus komited dalam melaksanakan kerangka pembangunan belia dan sukan agar lebih ampuh dalam mendepani cabaran masa kini. Selamat menhambut Hari Malaysia 16 September 2026. “Malaysia MADANI, Kesejahteraan Dinikmati” Ikhlas dari Pengurusan dan Warga Kerja Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan #TeamKBS #TeamJBSN #teamjbsn9 #harimalaysia #MenggerakBeliaMadani Taufiq Johari Mordi Bimol Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara KBSMalaysia belia.my Rakan Muda
PAROI; 11 September 2026 : Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan telah mengadakan satu Mesyuarat Penyelarasan Aktiviti Sambutan HSN 2026 bertempat di Bilik Mesyuarat Aras 1 bersama 16 Persatuan dan Kelab yang mana mereka akan membantu penganjuran program sempena HSN pada 10 Oktober 2026 akan datang. Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Encik Azharizal bin Santib, Penolong Pengarah JBSN9 bersama Encik Hably Hijazi (Pegawai Projek HSN), Pn Suhana binti DaralSalam (Pegawai Kecergasan), Cik Nur Akmal binti Anuar (Pegawai Rekreasi) dan Encik Nor Faizal bin Nordin (POKU) JBSN9 serta Cik Nornisha dari PBSD Seremban. Kehadiran mesyuarat adalah dari Persatuan Senamrobik N9, Persatuan Pushbike Pro N9, Nismilan Atheletic Club, NSPA (pickerball), NSWFA (walking football), NSEA (esport), PESTAN (takraw), NS DCL Club (football), N9 Scorpion Club (pingpong), KEG (aerobic), N9 Netball Dragonite dan lain-lain kelab penganjuran acara. Semua persatuan/kelab ini telah merangka aktiviti sukan bersesuaian yang akan memberi impak maksima bagi menggalakkan penyertaan menyeluruh rakyat Negeri Sembilan sempena HSN N9 nanti. Satu lagi tarikan menarik semasa HSN N9 nanti adalah Segmen Sukan Permotoran dan aksi kereta drift yang akan menyajikan suasana berbeza. Sambutan HSN 2026 N9 akan dimulakan dengan Sesi Pelepasan Larian Ria Madani dan Berjalan Ria Madani oleh YAB MBN9 dan dilengkapkan pengisian sepanjang hari dengan lebih 30 aktiviti yang menarik termasuklah pameran agensi dan sektor industri sukan. Adalah diharapkan agar segala perancangan setiap aktiviti akan berjalan dengan lancar dan memeriahkan lagi sambutan HSN N9 2026, InshaAllah. #TeamKBS #TeamJBSN #teamjbsn9 #harisukannegara #sportingnation #kecerdasanbuatan #KBSMalaysia Taufiq Johari Mordi Bimol Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara KBSMalaysia Rakan Muda belia.my
PAROI; 10 September 2026 : Seramai 80 lagi orang calon (sesi pagi dan petang) bagi pengambilan Pembantu Belia dan Sukan Gred 1 KBS telah hadir ke KOMBES Paroi bagi sesi Ujian Kecergasan Jasmani Kebangssan (UKJK) Zon Tengah. Sebagai makluman, UKJK perlu dilaksanakan kepada 208 orang calon pada 10 September 2026 dibawah seliaan BPSM KBS dan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA). Calon-calon telah diuji dengan pendekatan UKJK yang melibatkan komponen BMI, Handrips, Sit @Reach, Sit Up 1 min dan Bleep Test 20 Meter Semua calon telah menunjukkan semangat yang tinggi dan jiwa mencuba sedaya upaya dalam melengkapkan semua komponen. Terima kasih kepada semua calon yang telah memberikan kerjasama cukup baik sepanjang sesi berlangsung sehingga selesai tanpa melibatkan sebarang kecederaan. Barisan Penguji UKJK telah diketuai oleh Encik Azharizal bin Santib, Penolong Pengarah JBS Negeri Sembilan bersama Pegawai Pegawai-pegawai JBS Negeri Sembilan dan APBM Port Dickson. Turut hadir bersama membantu selaku penguji iaitu Encik Ahmad Taufiq, Encik Nordin dan En SairulBahri dari Cawangan Pembangunan Sukan OKU KBS. Sekalung penghargaan kepada semua penguji yang telah melancarkan sesi UKJK tersebut. Semoga berjumpa kembali pada kelainan masa. Semoga berjaya kepada semua calon dan didaoakan agar calon-calon akan ditawarkan Pembantu Belia dan Sukan S1. #TeamKBS #TeamJBSN #teamjbsn9 #JBSNBersama #UAKKS1 #beliasukan #MenggerakBeliaMadani Taufiq Johari Mordi Bimol Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara KBSMalaysia belia.my Rakan Muda
PAROI; 09 September 2026 : Seramai 94 orang calon (sesi pagi dan petang) bagi pengambilan Pembantu Belia dan Sukan Gred 1 KBS telah hadir ke KOMBES Paroi bagi sesi Ujian Kecergasan Jasmani Kebangssan (UKJK) Zon Tengah. Sebagai makluman, UKJK perlu dilaksanakan kepada 208 orang calon pada 09 September 2026 dibawah seliaan BPSM KBS dan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA). Calon-calon telah diuji dengan pendekatan UKJK yang melibatkan komponen BMI, Handrips, Sit @Reach, Sit Up 1 min dan Bleep Test 20 Meter Semua calon telah menunjukkan semangat dan jiwa yang bertenaga dalam melengkapkan semua komponen. Terima kasih kepada semua calon yang telah memberikan kerjasama baik sepanjang sesi berlangsung sehingga selesai tanpa melibatkan sebarang kecederaan. Barisan Penguji UKJK telah diketuai oleh Encik Azharizal bin Santib, Penolong Pengarah JBS Negeri Sembilan bersama Pegawai Pegawai-pegawai JBS Negeri Sembilan dan APBM Port Dickson. Turut hadir bersama membantu selaku penguji iaitu Encik Nordin dan En SairulBahri dari Cawangan Pembangunan Sukan OKU KBS. Sekalung penghargaan kepada semua penguji yang telah melancarkan sesi UKJK tersebut. Semoga berjumpa kembali pada kelainan masa. Semoga berjaya kepada semua calon. #TeamKBS #TeamJBSN #teamjbsn9 #JBSNBersama #UAKKS1 #beliasukan #MenggerakBeliaMadani Taufiq Johari Mordi Bimol Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara KBSMalaysia belia.my
PAROI; 09 September 2026 : Seramai 94 orang calon (sesi pagi dan petang) bagi pengambilan Pembantu Belia dan Sukan Gred 1 KBS telah hadir ke KOMBES Paroi bagi sesi Ujian Kecergasan Jasmani Kebangssan (UKJK) Zon Tengah. Sebagai makluman, UKJK perlu dilaksanakan kepada 208 orang calon pada 09 September 2026 dibawah seliaan BPSM KBS dan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA). Calon-calon telah diuji dengan pendekatan UKJK yang melibatkan komponen BMI, Handrips, Sit @Reach, Sit Up 1 min dan Bleep Test 20 Meter Semua calon telah menunjukkan semangat dan jiwa yang bertenaga dalam melengkapkan semua komponen. Terima kasih kepada semua calon yang telah memberikan kerjasama baik sepanjang sesi berlangsung sehingga selesai tanpa melibatkan sebarang kecederaan. Barisan Penguji UKJK telah diketuai oleh Encik Azharizal bin Santib, Penolong Pengarah JBS Negeri Sembilan bersama Pegawai Pegawai-pegawai JBS Negeri Sembilan dan APBM Port Dickson. Turut hadir bersama membantu selaku penguji iaitu Encik Nordin dan En SairulBahri dari Cawangan Pembangunan Sukan OKU KBS. Sekalung penghargaan kepada semua penguji yang telah melancarkan sesi UKJK tersebut. Semoga berjumpa kembali pada kelainan masa. Semoga berjaya kepada semua calon. #TeamKBS #TeamJBSN #teamjbsn9 #JBSNBersama #UAKKS1 #beliasukan #MenggerakBeliaMadani Taufiq Johari Mordi Bimol Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara KBSMalaysia belia.my
Paroi; 08 September 2026 : Seramai 96 orang calon (sesi pagi dan petang) bagi pengambilan Pembantu Belia dan Sukan Gred 1 KBS telah hadir ke KOMBES Paroi bagi sesi Ujian Kecergasan Jasmani Kebangssan (UKJK) Zon Tengah. Sebagai makluman, UKJK perlu dilaksanakan kepada 208 orang calon pada 08 September 2026 sahaja dibawah seliaan BPSM KBS dan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA). Calon-calon telah diuji dengan pendekatan UKJK yang melibatkan komponen BMI, Handrips, Sit @Reach, Sit Up 1 min dan Bleep Test 20 Meter Semua calon telah menunjukkan semangat dan jiwa yang bertenaga dalam melengkapkan semua komponen. Terima kasih kepada semua calon yang telah memberikan kerjasama baik sepanjang sesi berlangsung sehingga selesai tanpa melibatkan sebarang kecederaan. Barisan Penguji UKJK telah diketuai oleh Encik Azharizal bin Santib, Penolong Pengarah JBS Negeri Sembilan bersama Pegawai Pegawai-pegawai JBS Negeri Sembilan dan APBM Port Dickson. Turut hadir bersama selaku penguji iaitu En Nordin dan En SaifulBahri dari Cawangan Pembangunan Sukan OKU KBS. Sekalung penghargaan kepada semua penguji yang telah melancarkan sesi UKJK tersebut. Semoga berjumpa kembali pada kelainan masa. Semoga berjaya kepada semua calon. #TeamKBS #TeamJBSN #teamjbsn9 #JBSNBersama #UAKKS1 #beliasukan #MenggerakBeliaMadani Taufiq Johari Mordi Bimol Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara KBSMalaysia belia.my
PAROI; 07 September 2026 : Seramai 25 orang calon kategori OKU (sesi pagi dan petang) bagi pengambilan Pembantu Belia dan Sukan Gred 1 KBS telah menhadirkan diri ke KOMBES Paroi bagi sesi Ujian Asas Keupayaan Kecergasan (UAKK) Zon Tengah. Sebagai makluman, UAKK perlu dilaksanakan kepada 50 orang calon pada 07 September 2026 sahaja dibawah seliaan BPSM KBS dan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA). Calon-calon telah diuji dengan pendekatan UAKK yang melibatkan komponen BMI, Ketangkasan 505, Lompat Jauh Berdiri, Lontaran Bola, Larian 20 Meter dan Keseimbangan. Semua calon telah menunjukkan semangat yng tinggi dalam melengkapkan semua komponen. Terima kasih kepada semua calon yang telah memberikan kerjasama baik sepanjang sesi berlangsung sehingga selesai tanpa melibatkan sebarang kecederaan. Barisan Penguji UAKK telah diketuai oleh Encik Azharizal bin Santib, Penolong Pengarah JBS Negeri Sembilan bersama Pegawai OKU dan Pegawai-pegawai JBS Negeri Sembilan. Turut hadir bersama iaitu Encik Ahmad Taufik bin Abd Rahim dan Pegawai-Pegawai Cawangan Pembangunan Sukan OKU KBS. Sebagai penguji, kita sangat menghargai usaha dan komitmen calon OKU untuk hadir dan menyertai sesi UAKK..Sekalung penghargaan kepada semua penguji yang telah melancarkan sesi UAKK tersebut. Semoga berjumpa kembali pada kelainan masa. Semoga berjaya kepada semua calon. #TeamKBS #TeamJBSN #teamjbsn9 #JBSNBersama #UAKKS1 #beliasukan #MenggerakBeliaMadani Taufiq Johari Mordi Bimol Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara KBSMalaysia belia.my Rakan Muda
SEREMBAN, 8 September 2026 – Mesyuarat Jawatankuasa Induk Hari Sukan Negara 2026 (HSN2026) bagi Peringkat Negeri Sembilan telah berlangsung dengan jayanya pada hari ini, jam 10.00 pagi, bertempat di Bilik Mesyuarat Kenanga, Wisma Negeri. Mesyuarat tersebut telah dipengerusikan oleh Yang Berhormat Dato' Haji Mustapha bin Nagoor, Exco Belia dan Sukan Negeri Sembilan. Objektif utama sesi ini diadakan adalah bagi meneliti perancangan, menyelaraskan gerak kerja dan merangka strategi pelaksanaan program sempena Hari Sukan Negara bagi tahun 2026 agar berjalan lancar dan mencapai objektif yang disasarkan. Turut hadir bersama dalam mesyuarat perancangan strategik ini ialah Encik Ahmad Syariffuddin bin Sarmin, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan, Puan Junaine binti Mohamad, Timbalan Pengarah dan Encik Azharizal bin Santib Penolong Pengarah Sukan, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan, barisan kepimpinan dan wakil agensi. Penglibatan bersepadu daripada pelbagai agensi kerajaan dan pihak swasta amat dihargai dalam memastikan kelestarian dan kejayaan penganjuran HSN2026. Sinergi ini mencerminkan komitmen jitu semua pihak pemegang taruh ke arah merealisasikan visi 'Sukan Untuk Semua', sejajar dengan aspirasi kerajaan dalam melahirkan masyarakat yang aktif, cergas, dan produktif. #TeamKBS #TeamJBSN #teamjbsn9 #harisukannegara #hsn2026 #MenggerakBeliaMadani Taufiq Johari Mordi Bimol Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara belia.my KBSMalaysia Rakan Muda
Kuala Pilah, 4 September 2026- Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan dengan kerjasama Persatuan Pekerja Profesional Filem Malaysia (PROFIMA) telah selesai melaksanakan Program Young Heroes @ Rakan Mahir Peringkat Negeri Sembilan Tahun 2026 dengan jayanya dari 1 - 4 September 2026 bertempat di Kompleks Rakan Muda Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Program ini merupakan salah satu inisiatif pembangunan kompetensi kepada pemerkasaan belia melalui pembinaan kemahiran kreatif, kerja berasaskan projek, penyertaan dalam ekonomi gig serta penglibatan dalam industri kandungan digital dan kreatif. Ia selaras dengan Rancangan Malaysia Ketiga Belas (RMK13) yang menekankan pemerkasaan belia dalam ekonomi baharu, termasuk memperluaskan peluang pekerjaan, meningkatkan kemahiran serta penglibatan belia dalam industri digital dan ekonomi kreatif sebagai sebahagian daripada strategi sosioekonomi negara. Majlis Perasmian Penutup serta penyampaian sijil telah disempurnakan oleh Puan Fazulia binti Zulkifli, Pengarah Cawangan Ekonomi, Bahagian Pembangunan Belia, Jabatan Belia dan Sukan Negera. Turut hadir bersama-sama, Tuan Ahmad Syariffuddin bin Sarmin, Pengarah Jabatan belia dan Sukan Negeri Sembilan, Encik Mohd Khalil bin Saleh, Presiden Persatuan Pekerja Profesional Filem Malaysia (PROFIMA) selaku ketua panel dan Ir. Shamsul Ambia bin Mat Daud, Pengerusi Persatuan Youtuber Malaysia selaku penceramah. Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan mengucapkan terima kasih di atas sokongan dan kerjasama semua pihak yang terlibat. Semoga usaha dan inisiatif yang dilaksanakan ini dapat meningkatkan kesedaran tentang ekonomi jingga dan potensi sektor kreatif serta memperkasa kemahiran kreatif dan digital belia. Semoga segala input yang telah disampaikan dapat dimanfaatkan sepenuhnya serta disebarluaskan kepada belia-belia yang lain agar kesinambungannya dapat diteruskan. #TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #MalaysiaMADANI #RakanMuda #jbsn9 Taufiq Johari Mordi Bimol Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara Rakan Muda belia.my KBSMalaysia JBSNegara