MESYUARAT JAWATANKUASA INDUK HARI SUKAN NEGARA 2026 (HSN2026) PERINGKAT NEGERI SEMBILAN

SEREMBAN, 8 September 2026 – Mesyuarat Jawatankuasa Induk Hari Sukan Negara 2026 (HSN2026) bagi Peringkat Negeri Sembilan telah berlangsung dengan jayanya pada hari ini, jam 10.00 pagi, bertempat di Bilik Mesyuarat Kenanga, Wisma Negeri.
Mesyuarat tersebut telah dipengerusikan oleh Yang Berhormat Dato' Haji Mustapha bin Nagoor, Exco Belia dan Sukan Negeri Sembilan. Objektif utama sesi ini diadakan adalah bagi meneliti perancangan, menyelaraskan gerak kerja dan merangka strategi pelaksanaan program sempena Hari Sukan Negara bagi tahun 2026 agar berjalan lancar dan mencapai objektif yang disasarkan.
Turut hadir bersama dalam mesyuarat perancangan strategik ini ialah Encik Ahmad Syariffuddin bin Sarmin, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan, Puan Junaine binti Mohamad, Timbalan Pengarah dan Encik Azharizal bin Santib Penolong Pengarah Sukan, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan, barisan kepimpinan dan wakil agensi.
Penglibatan bersepadu daripada pelbagai agensi kerajaan dan pihak swasta amat dihargai dalam memastikan kelestarian dan kejayaan penganjuran HSN2026. Sinergi ini mencerminkan komitmen jitu semua pihak pemegang taruh ke arah merealisasikan visi 'Sukan Untuk Semua', sejajar dengan aspirasi kerajaan dalam melahirkan masyarakat yang aktif, cergas, dan produktif.
#TeamKBS
#TeamJBSN
#teamjbsn9
#harisukannegara
#hsn2026
#MenggerakBeliaMadani
Taufiq Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
belia.my
KBSMalaysia
Rakan Muda

Image
D/A Kompleks Belia Dan Sukan Paroi
70400 Seremban Negeri Sembilan
Tel : 06-7613163/06-7641480 | Fax : 06-7625569

jbsn9@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-n9

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 18-10-2026, 01:37:06

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search