Mantin, 19 Oktober 2025- Program Rakan Mahir: Projek Reben Kuning Peringkat Negeri Sembilan Tahun 2025 Siri 4 telah berjaya dilaksanakan bertempat di Pusat Reintegrasi Penghuni (PRP) Mantin, Negeri Sembilan. Projek Reben Kuning 2025 merupakan satu inisiatif Kementerian Belia dan Sukan (KBS) untuk memberi peluang kedua kepada prospek belia melalui penyediaan peluang pekerjaan dan latihan pembangunan ekonomi belia bagi memperoleh kehidupan yang lebih baik setelah tamat tempoh tahanan. Modul 4, Pengurusan Kewangan (Do-It Smart) telah disampaikan oleh Encik Mohd Khairil Ashraf bin Mohamad Karid. Semua peserta berinteraksi dengan aktif dan memberikan kerjasama yang sangat baik sepanjang program dilaksanakan. Semoga usaha yang dilaksanakan ini dapat memberikan impak positif kepada prospek dalam persiapan untuk memperoleh kehidupan yang lebih baik setelah tamat tempoh tahanan. Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan mengucapkan terima kasih di atas sokongan dan kerjasama semua pihak yang terlibat. #teamkbs #teamjbsn #teamjbsn9 #jbsnbersama #RebenKuning #RakanMuda #RakanMahir
18 Okt 2025 (Sabtu) Seremban - Telah berlangsung Pertandingan Battle Of The Band Rakan Muda Peringkat Daerah Seremban bertempat di Kipmall, Senawang yang telah disertai 6 kumpulan yang terdiri dari golongan remaja yang berumur 15 - 30 tahun. Program ini adalah anjuran bersama Pejabat Belia dan Sukan Daerah Seremban dengan sokongan Pejabat Pendidikan Daerah Seremban dan Kipmall Senawang. Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh En Azmee Amar Azwan Pegawai Rakan Muda Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan. Turut hadir Puan Cindy Usun Sigau Pegawai Belia Dan Sukan Daerah Seremban, En Zaha gitaris Kumpulan Spring Zaha Spring dan En Wan Miawgitaris Kumpulan Modread selaku juri pertandingan Hannah Yeoh Adam Adli Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara KBSMalaysia Rakan Muda Pejabat Pendidikan Daerah Seremban KIPMall Senawang #JBSN #JBSNBersama #TeamPBSDSeremban #TeamKBS #TeamJBSN9 #YakinBoleh #RakanMuda #BattleOfTheBand
REMBAU, 16 Oktober 2025 (Selasa) – Suasana ceria dan penuh semangat mewarnai Program Senaman Warga Emas Siri 2 Peringkat Daerah Rembau 2025 yang berlangsung di Gelanggang Futsal Dataran Rembau. Program yang bermula seawal jam 8.30 pagi itu menampilkan aktiviti senaman duduk khas (chairobic) untuk warga emas, bertujuan meningkatkan kecergasan, kesihatan sendi serta kesejahteraan minda. Anjuran Pejabat Belia dan Sukan Daerah Rembau dengan kerjasama Kelab Sukan Kecergasan Fit Aero dan Pusat Aktiviti Warga Emas Daerah Rembau, program ini turut menjadi platform menggalakkan warga emas kekal aktif dan bersosial dalam suasana positif. Para peserta menunjukkan semangat tinggi dan menikmati sesi senaman yang menyeronokkan sepanjang program berlangsung. #MalaysiaAktif #RembauAktif #TeamKBS #SenamanWargaEmas Hannah Yeoh Adam Adli Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara JBS Negeri Sembilan
TAMPIN, 15 Oktober 2025 (Rabu) - Telah berlangsung Pertandingan Dart 1000 Liga Peringkat Daerah Tampin 2025 yang telah diadakan di Dewan Shipping and Aviation College (SAC). Program anjuran Pejabat Belia dan Sukan Daerah Tampin bersama Rakan Strategik Shipping and Aviation College (SAC) dan Kelab Sukan dan Rekreasi Komuniti Parlimen Tampin (SRCC). Majlis Penyampaian Hadiah telah disempurnakan oleh Pn Nordalila binti Jaapar, Ketua Hal Ehwal Akademik Shipping and Aviation College (SAC). Turut hadir bersama ialah En. Jasnie bin Abd Rahman wakil Pejabat Belia dan Sukan Daerah Tampin dan En. Muhammad Uzair bin Abdul Malek, Pengerusi Kelab Sukan dan Rekreasi Komuniti Parlimen Tampin (SRCC). Tahniah di ucapkan kepada semua pemenang. Hannah Yeoh Adam Adli Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara JBS Negeri Sembilan #JBSNBersama #KBSMalaysia #RakanMuda #YakinBoleh #teamJBSN9 #teampbsdtampin #malaysiaaktif
Rembau, 14 Oktober 2025 (Selasa) - Pejabat Belia dan Sukan Daerah Rembau dengan kerjasama Kelab Sukan Kecergasan Fit Aero serta Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) Daerah Rembau telah menganjurkan Program Senaman Warga Emas Siri 1 Peringkat Daerah Rembau 2025 pada pagi Selasa bertempat di Gelanggang Futsal Dataran Rembau. Program ini bertujuan memupuk gaya hidup sihat dalam kalangan warga emas melalui aktiviti senaman ringan yang menyeronokkan serta menggalakkan mereka untuk terus aktif dan cergas di usia emas. Aktiviti senaman pagi dikendalikan oleh Puan Nor Ashikin binti Mohd Zain instruktor berpengalaman daripada Kelab Sukan Kecergasan Fit Aero. Para peserta yang terdiri daripada ahli PAWE Rembau dan komuniti setempat kelihatan bersemangat mengikuti setiap gerakan senaman yang dijalankan. Dapat dilihat keceriaan dan keseronokan terpancar di wajah para peserta apabila berpeluang menyertai aktiviti riadah seperti ini, yang bukan sahaja menyihatkan badan tetapi turut mengeratkan silaturahim sesama komuniti. Turut hadir Puan Norzila binti Ismail (Pengerusi PAWE Daerah Rembau) yang menyatakan penghargaan kepada semua peserta dan agensi yang menjayakan program ini. Beliau turut menekankan kepentingan aktiviti fizikal berterusan bagi mengekalkan kesihatan mental dan fizikal warga emas agar kekal ceria dan produktif. Program sebegini diharap dapat menjadi platform berterusan bagi memperkukuh jaringan komuniti serta menyokong inisiatif kerajaan dalam memperkasa kesejahteraan warga emas di daerah Rembau. #RembauAktif #MalaysiaAktif #TeamKBS #PAWERembau #senamanwargaemas Hannah Yeoh Adam Adli Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara JBS Negeri Sembilan
TAMPIN, 14 Oktober 2025 (Selasa) – Telah berlangsung Program Senaman Warga Emas Aktif Peringkat Daerah Tampin 2025 (Siri 2) yang telah diadakan di Taman Rekreasi Tampin. Program anjuran Pejabat Belia dan Sukan Daerah Tampin bersama Rakan Strategik Pejabat Kesihatan Daerah Tampin, Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Tampin, Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) Daerah Tampin dan Kelab Warga Emas Klinik Kesihatan Tampin. Program Senaman Warga Emas merupakan inisiatif Kementerian Belia dan Sukan (KBS) di bawah Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN) adalah satu program berbentuk senaman atau sukan yang dibuat secara bersiri dilaksanakan bagi memberi peluang kepada warga emas berumur 60 tahun dan ke atas untuk terlibat dengan aktiviti sukan dan kecergasan secara berterusan dan konsisten sebagai pembudayaan sukan. Turut hadir memeriahkan program, Dr. Jaspreet Kaur, wakil Pegawai Kesihatan Daerah Tampin, Puan Maznah binti Hj. Tamby, Pegawai Unit Warga Emas Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Tampin, Puan Nairul Nabilah binti Ab Latif, Penolong Pegawai Belia dan Sukan Daerah Tampin dan Puan Hjh. Maznah binti Abd Aziz, Pengerusi PAWE Daerah Tampin. Malaysia Aktif Hannah Yeoh Adam Adli Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara JBS Negeri Sembilan #JBSNBersama #KBSMalaysia #RakanMuda #YakinBoleh #teamJBSN9 #teampbsdtampin
JELEBU, 13 OKTOBER - Telah berlangsung Senaman Warga Emas Aktif 2025 Daerah Jelebu Siri 1 bertempat di Taman Awam Majlis Daerah Jelebu dengan kerjasama Pusat Aktiviti Warga Emas Jelebu Objektif aktiviti ini adalah untuk melatih warga emas untuk kekal aktif, sihat dan menjadikan aktiviti sukan dan kecergasan sebagai budaya hidup. Selain itu, ia juga bertujuan untuk membina jaringan hubungan bagi mengukuhkan lagi kerjasama dan perpaduan dalam kalangan warga emas dengan agensi berkaitan serta masyarakat mahupun penggiat kecergasan komuniti. Akhir sekali, aktiviti ini menyokong usaha kerajaan bagi memastikan warga emas mendapat kesaksamaan sosial dari segi penglibatan dalam aktiviti sukan dan kecergasan. Diharapkan dengan pendekatan yang diambil ini dapat mencapai hasrat YB Menteri Belia dan Sukan untuk masyarakat warga emas. #JBSN #JBSN9 #PBSDJelebu #MalaysiaAktif
KOTA, 12 Oktober 2025 (Ahad) – Suasana penuh ceria dan semangat kesukanan mewarnai perkarangan Sekolah Kebangsaan (SK) Bongek dan sekitar kampung apabila berlangsungnya Program 10,000 Langkah Kg. Bongek, Kejohanan Sukan Tahunan dan Sambutan Hari Sukan Negara SK Bongek 2025 hari ini. Majlis Perasmian dan Penutup telah disempurnakan oleh YB. Suhaimi bin Aini, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kawasan Kota, yang turut bersama warga sekolah, ibu bapa dan penduduk setempat bagi menjayakan program yang menggabungkan elemen kecergasan, kesihatan dan perpaduan masyarakat. Dalam ucapan penutupnya, YB. Tuan Suhaimi menzahirkan penghargaan kepada pihak sekolah dan komuniti atas inisiatif menganjurkan program yang menyatukan masyarakat melalui aktiviti sihat dan riadah. “Hari Sukan Negara merupakan platform terbaik untuk menggalakkan gaya hidup aktif dalam kalangan rakyat. Penganjuran di peringkat komuniti seperti ini membuktikan kesedaran terhadap pentingnya kesihatan dan perpaduan semakin meningkat,” ujar beliau. Pejabat Belia dan Sukan Daerah Rembau telah diberikan kepercayaan untuk menyediakan instruktur senamrobik (Kelab Senamrobik Aura Sihat) yang berjaya menceriakan suasana dengan sesi pemanasan badan yang penuh bertenaga sebelum pelepasan peserta 10,000 melibatkan murid, guru, ibu bapa dan penduduk kampung. Acara diteruskan dengan perbarisan kontijen rumah sukan dan pelbagai pertandingan acara Kejohanan Sukan Tahunan SK Bongek, yang menampilkan semangat kesukanan tinggi dalam kalangan murid. Turut diadakan acara sukaneka serta cabutan bertuah sebagai tarikan tambahan untuk para pengunjung. Guru Besar SK Bongek, Tuan Haji Arshad bin Mohammad Noh menzahirkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat, khususnya PBSD Rembau dan komuniti setempat atas sokongan padu dalam menjayakan program ini. “Kami amat berterima kasih kepada semua pihak yang memberi kerjasama, terutama Pejabat Belia dan Sukan Daerah Rembau atas bantuan teknikal dan tenaga pengajar senamrobik yang menyerikan lagi sambutan tahun ini,” katanya. Majlis diakhiri dengan penyampaian hadiah kepada pemenang kejohanan serta penghargaan kepada pihak yang menjayakan program. Program ini bukan sahaja mengukuhkan hubungan antara sekolah dan komuniti, tetapi turut menyemarakkan semangat kesihatan, kecergasan dan perpaduan dalam kalangan warga Kg. Bongek selaras dengan tema Hari Sukan Negara 2025 : “Malaysia Aktif.” Hannah Yeoh Adam Adli Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara JBS Negeri Sembilan #teamKBS #TeamJBSN #teamJBSN9 #teamPBSDR #rakanmuda #RakanMudaAktif #RakanAktif #sekebon
SUNGAI LUI, 12 Oktober 2025 - Telah berlangsungnya pameran dan promosi Pejabat Belia dan Sukan Daerah Jempol bertempat di Dataran Budaya Felda Pasoh 2 yang telah berlangsung selama dua (2) hari dari 11 oktober hingga 12 oktober 2025. Pameran diadakan sempena Program Karnival Akar Umbi Peringkat Negeri Sembilan Tahun 2025 yang telah disertai oleh tiga (3) orang Sukarelawan di bawah Pejabat Belia dan Sukan Daerah Jempol. Aktiviti pameran yang diadakan adalah seperti mempromosikan program-program di bawah Pejabat Belia dan Sukan Daerah Jempol, makluman dan cara penggunaan Sistem Tempahan Fasiliti (STF) KBS, hebahan pencarian sukarelawan di bawah Pejabat Belia dan Sukan Daerah Jempol, mempromosi Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM), dan beberapa permainan menarik. Semoga dengan pameran dan promosi seperti ini dapat menarik minat anak-anak muda dan belia dalam menyertai program-program dan aktiviti-aktiviti di bawah Pejabat Belia dan Sukan Daerah Jempol dan program-program peringkat daerah dan negeri. #MalaysiaMadani #JBSNbersama #JBSN9 #pbsdjempol #ARPRM #pameran&promosi #sukarelawanpbsdjempol