DUGITAL DODGEBALL

Paroi, 24 Jun 2026 - Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan dengan kerjasama Persatuan Dodgeball Malaysia (MAD) telah menganjurkan Program Pengenalan Sukan Baharu iaitu sukan Digital Dodgeball Peringkat Negeri Sembilan tahun 2026 yang dilaksanakan bertempat di Ballroom KOMBES, Paroi. Program ini bertujuan memperkenalkan sukan Digital Dodgeball kepada golongan belia dan memberi pendedahan mengenai potensi sukan berteraskan teknologi digital sebagai aktiviti rekreasi dan kompetitif. Program ini telah disertai seramai 40 orang peserta yang terdiri daripada Pelajar Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Negeri Sembilan, Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Chembong dan para belia dari Persatuan Esport Negeri Sembilan(NSEA). Sepanjang program berlangsung, peserta telah didedahkan kepada konsep dan asas permainan Digital Dodgeball melalui sesi taklimat, demonstrasi permainan dan latihan praktikal serta pertandingan persahabatan. Peserta menunjukkan minat yang tinggi dan memberikan maklum balas positif terhadap sukan baharu ini. Majlis Perasmian Penutup telah disempurnakan oleh Tuan Ahmad Syariffuddin bin Sarmin, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan.Turut hadir Encik Azharizal bin Santib, Penolong Pengarah (Sukan) Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan dan Encik Otto Wong Kar Wai, Timbalan Presiden Persatuan Dodgeball Malaysia. Dalam ucapan penutup, Tuan Pengarah menyatakan harapan agar Digital Dodgeball dapat terus diperkenalkan dan dikembangkan dalam kalangan para belia Negeri Sembilan sebagai satu platform sukan digital yang inovatif, sihat dan berdaya saing. Secara keseluruhannya, Program Pengenalan Sukan Baharu iaitu sukan Digital Dodgeball Peringkat Negeri Sembilan ini telah berjaya mencapai objektif yang ditetapkan. Program ini bukan sahaja berjaya memperkenalkan sukan Digital Dodgeball kepada peserta, malah turut membuka peluang kepada belia untuk meneroka sukan digital yang baharu dan memperkukuhkan jaringan kerjasama antara institusi pendidikan, agensi kerajaan dan pertubuhan sukan. #teamKBS #teamJBSN #teamjbsn9 #JBSNBersama #JBSNKomited #YakinBoleh #RakanMuda #MalaysiaMADANI Taufiq Johari Mordi Bimol Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara KBSMalaysia
Image
D/A Kompleks Belia Dan Sukan Paroi
70400 Seremban Negeri Sembilan
Tel : 06-7613163/06-7641480 | Fax : 06-7625569

jbsn9@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-n9

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 03-07-2026, 11:24:22

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search