REMBAU, 11 November 2025 - Lawatan seterusnya , Ketua Setiausaha KBS, YBhg. Dato' Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu ke tapak projek Kompleks Sukan Rembau. Lawatan ini turut disertai YBrs. Pn. Azura Abidin, Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN) serta En. Amir Hamzah Awang Ghazali, Setiausaha Bahagian (Pembangunan) KBS.
PORT DICKSON, 11 November 2025 - Lawatan kerja Ketua Setiausaha KBS, YBhg. Dato' Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu ke tapak projek Akademi Pembangunan Belia Malaysia Port Dickson bagi melihat perkembangan pelaksanaan projek berkenaan. Hannah Yeoh Adam Adli Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
TAMPIN, 11 November 2025 (Selasa) – Telah berlangsung Program Senaman Warga Emas Aktif Peringkat Daerah Tampin 2025 (Siri yang telah diadakan di Taman Rekreasi Tampin. Program anjuran Pejabat Belia dan Sukan Daerah Tampin bersama Rakan Strategik Pejabat Kesihatan Daerah Tampin, Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Tampin, Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) Daerah Tampin dan Kelab Warga Emas Klinik Kesihatan Tampin. Program Senaman Warga Emas merupakan inisiatif Kementerian Belia dan Sukan (KBS) di bawah Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN) adalah satu program berbentuk senaman atau sukan yang dibuat secara bersiri dilaksanakan bagi memberi peluang kepada warga emas berumur 60 tahun dan ke atas untuk terlibat dengan aktiviti sukan dan kecergasan secara berterusan dan konsisten sebagai pembudayaan sukan. Program pagi ini dimulakan dengan acara senamrobik sebelum diteruskan lagi dengan aktiviti senam kolektif yang telah dikendalikan oleh Pejabat Kesihatan Daerah Tampin. Turut hadir memeriahkan program ialah Dr. Jaspreet Kaur wakil Pejabat Kesihatan Daerah Tampin, En. Jasnie bin Abd Rahman, Wakil Pejabat Belia dan Sukan Daerah Tampin dan Puan Hjh. Maznah binti Abd Aziz, Pengerusi PAWE Daerah Tampin. Malaysia Aktif Hannah Yeoh Adam Adli Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara JBS Negeri Sembilan #JBSNBersama #KBSMalaysia #RakanMuda #YakinBoleh #teamJBSN9 #teampbsdtampin
JELEBU, 10 NOVEMBER - Telah berlangsung Senaman Warga Emas Aktif 2025 Daerah Jelebu Siri 5 bertempat di Bukit Undang Jelebu dengan kerjasama Pusat Aktiviti Warga Emas Jelebu Objektif aktiviti ini adalah untuk melatih warga emas untuk kekal aktif, sihat dan menjadikan aktiviti sukan dan kecergasan sebagai budaya hidup. Selain itu, ia juga bertujuan untuk membina jaringan hubungan bagi mengukuhkan lagi kerjasama dan perpaduan dalam kalangan warga emas dengan agensi berkaitan serta masyarakat mahupun penggiat kecergasan komuniti. Akhir sekali, aktiviti ini menyokong usaha kerajaan bagi memastikan warga emas mendapat kesaksamaan sosial dari segi penglibatan dalam aktiviti sukan dan kecergasan. Diharapkan dengan pendekatan yang diambil ini dapat mencapai hasrat YB Menteri Belia dan Sukan untuk masyarakat warga emas. #JBSN #JBSN9 #PBSDJelebu #MalaysiaAktif
Seremban, 10 Nov 2025 - Telah berlangsung Sesi Kunjungan Rasmi SRM IPT KPJ Healthcare University bersama Pejabat Belia dan Sukan Daerah Seremban pada hari ini bertempat di Bilik Mesyuarat, Pejabat Belia dan Sukan Daerah Seremban. SRM IPT KPJ Healthcare University ini telah berdaftar dibawah KBS pada bulan Mac 2025 yang lalu berperanan bagi menggerakkan aktiviti 10 Gaya Hidup Rakan Muda khususnya di KPJ Healthcare University. Sesi kunjungan ini telah diketuai oleh Saudara Muhammad Syamsul bin Mohamed Zuki, Pengerusi SRM-IPT KPJ Healthcare University bersama 5 ahli jawatankuasanya. Sesi dimulakan dengan sesi suai-kenal antara Pegawai Belia dan Sukan Daerah Seremban, Puan Cindy Usun Sigau dengan wakil SRM-IPT. Proses suai-kenal ini turut berkisar tentang objektif dan tujuan penubuhan SRM-IPT serta pembentangan dari PBSD Seremban dan pembentangan aktiviti-aktiviti tahun 2026 yang telah dirancang oleh pihak SRM-IPT KPJ Healthcare University. Di akhir sesi, satu majlis penyampaian Sijil Pengesahan Penubuhan telah disempurnakan oleh Puan Cindy Usun Sigau, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Seremban kepada kepada pihak SRM-IPT KPJ Healthcare University. Diharap dengan perjumpaan ini dapat meluaskan capaian program Rakan Muda kepada golongan belia pengajian tinggi yang berumur 17 – 25 tahun disamping dapat mendekati remaja dan belia pengajian tinggi melalui pelaksanaan program anjuran Kementerian Belia dan Sukan dan juga sebagai jambatan penghubung antara Jabatan Belia dan Sukan dan Institut Pengajian Tinggi. Syabas dan tahniah anak-anak muda! Hannah Yeoh Adam Adli Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara KBSMalaysia Rakan Muda #JBSN #JBSNBersama #TeamPBSDSeremban #TeamKBS #TeamJBSN9 #YakinBoleh #RakanMuda #SRMIPT
Alhamdulillah, Program Motocross Trackday 2025 telah berlangsung dengan jayanya di Kompleks Permotoran Tangkak bagi dua siri penganjuran: Siri 1: 7 – 8 November 2025 Siri 2: 8 – 9 November 2025 Program ini menghimpunkan peminat dan pelumba motocross dari pelbagai peringkat — daripada pelumba baharu hinggalah kepada pelumba berpengalaman. Ia menjadi platform terbaik untuk menimba ilmu, mengasah kemahiran tunggangan, serta membina semangat kesukanan dalam komuniti permotoran. Lebih menarik, kehadiran Gabit rider motocross negara turut memeriahkan program kali ini! Beliau bukan sahaja berkongsi pengalaman dan tip berguna tentang dunia motocross, tetapi juga memberi inspirasi kepada para peserta untuk terus maju dalam sukan lasak ini. Sepanjang dua siri berlangsung, suasana di trek cukup meriah dengan aksi lincah para peserta menawan laluan mencabar di Kompleks Permotoran Tangkak. Tahniah kepada semua peserta atas semangat dan disiplin yang ditunjukkan sepanjang program. Setinggi-tinggi penghargaan kepada semua urusetia, sukarelawan, serta pihak yang terlibat menjayakan Motocross Trackday 2025. Semoga penganjuran ini terus menyemarakkan minat dan memperkukuh perkembangan sukan permotoran tanah air. Hannah Yeoh Adam Adli Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara #JBSNBersama #KBSMalaysia #teamjbsn9 #RakanLitar
Kursus Latihan Asas Sukan (KLAS) Mendaki Tembok Tiruan Peringkat Negeri Sembilan 2025 telah berjaya dilaksanakan dengan penuh semangat di Tampin Eco Extreme Park pada 1 & 2 November 2025! Kursus ini bertujuan memberi pendedahan asas kepada para peserta mengenai teknik mendaki yang betul, aspek keselamatan, serta kemahiran asas yang diperlukan dalam sukan mendaki. Sepanjang dua hari program, para peserta menunjukkan komitmen tinggi dan semangat luar biasa — bukan sahaja belajar teori, tapi turut mencuba sendiri aktiviti mendaki di tembok tiruan yang mencabar! Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua peserta, jurulatih, urusetia, serta pihak yang terlibat menjayakan kursus ini. Semoga ilmu dan pengalaman yang diperoleh dapat dimanfaatkan untuk terus mengembangkan sukan mendaki di Negeri Sembilan. Tahniah semua! Hannah Yeoh Adam Adli Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara Pejabat Belia Dan Sukan Daerah Tampin #JBSNBersama #KBSMalaysia #teamjbsn9 #teampbsdtampin
TAMAN TELAWI, 08 November 2025 – Telah berlangsung Program Senaman Warga Emas Aktif Peringkat Daerah Seremban 2025 (Siri 5) yang telah diadakan di Balairaya Taman Sri Telawi, Seremban. Pengisian program pada pagi ini di mulakan dengan sesi pemanasan badan dan seterusnya briswalk sejauh 3km. Program anjuran Pejabat Belia dan Sukan Daerah Seremban dengan Rakan Strategik Kelab Senamrobik Sihat Harmoni bersama KRT Taman Sri Telawi. Program Senaman Warga Emas merupakan inisiatif Kementerian Belia dan Sukan (KBS) di bawah Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN) adalah satu program berbentuk senaman atau sukan yang dibuat secara bersiri dilaksanakan bagi memberi peluang kepada warga emas berumur 60 tahun dan ke atas untuk terlibat dengan aktiviti sukan dan kecergasan secara berterusan dan konsisten sebagai pembudayaan sukan. Turut hadir memeriahkan program pada pagi ini, Puan Cindy Usun Sigau, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Seremban, Encik Zakri bin Mohamad Zain, Pengerusi KRT Taman Sri Telawi, Kakitangan Pejabat Belia dan Sukan Daerah Seremban serta barisan AJK KRT Taman Sri Telawi. Malaysia Aktif Hannah Yeoh Adam Adli Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara JBS Negeri Sembilan #JBSNBersama #KBSMalaysia #RakanMuda #YakinBoleh #teamJBSN9 #teampbsdseremban
TAMPIN, 5 November 2025 (Rabu) – Telah berlangsung Program Senaman Warga Emas Aktif Peringkat Daerah Tampin 2025 (Siri 7) yang telah diadakan di Taman Rekreasi Tampin. Program anjuran Pejabat Belia dan Sukan Daerah Tampin bersama Rakan Strategik Pejabat Kesihatan Daerah Tampin, Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Tampin, Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) Daerah Tampin dan Kelab Warga Emas Klinik Kesihatan Tampin. Program Senaman Warga Emas merupakan inisiatif Kementerian Belia dan Sukan (KBS) di bawah Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN) adalah satu program berbentuk senaman atau sukan yang dibuat secara bersiri dilaksanakan bagi memberi peluang kepada warga emas berumur 60 tahun dan ke atas untuk terlibat dengan aktiviti sukan dan kecergasan secara berterusan dan konsisten sebagai pembudayaan sukan. Program pagi ini dimulakan dengan acara senamrobik sebelum diteruskan lagi dengan aktiviti senam kolektif yang telah dikendalikan oleh Pejabat Kesihatan Daerah Tampin. Turut hadir memeriahkan program ialah Puan Maznah binti Hj. Tamby, Pegawai Unit Warga Emas Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Tampin, Puan Nairul Nabilah binti Ab Latif, Penolong Pegawai Belia dan Sukan Daerah Tampin dan Puan Hjh. Maznah binti Abd Aziz, Pengerusi PAWE Daerah Tampin. Malaysia Aktif Hannah Yeoh Adam Adli Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara JBS Negeri Sembilan #JBSNBersama #KBSMalaysia #RakanMuda #YakinBoleh #teamJBSN9 #teampbsdtampin