- JBS Negeri Sembilan
- Hits: 4
KUNJUNG HORMAT NSPA KE JBS NEGERI SEMBILAN
- JBS Negeri Sembilan
- Hits: 4
PAROI, 19 Mei 2026 - Persatuan Pickleball Negeri Sembilan (NSPA) telah mengadakan kunjungan hormat ke JBS Negeri Sembilan dengan diketuai Mr. Jayesuria selaku Presiden NSPA bersama Mr G. Sunder Ganasan dan En Azlan bin Hassan selaku AJK NSPA.
Sesi tersebut telah berkisarkan berkaitan program pembangunan sukan pickleball yang akan dilaksanakan pada 2026 dan pelaporan aktiviti NSPA sepanjang tempoh 2023 - 2025.. NSPA telah diamanahkan untuk pelaksanaan Klinik Pickleball sempena Hari Belia Negara 2026 di Xpark Sendayan.
NSPA juga akan menganjurkan Kejohanan Junior Pickleball 2026 pada Julai yang menyasarkan golongan remaja 13 - 20 tahun dalam usaha mencari bakat bakat baharu untuk diketengahkan..Dalam pada itu, NSPA juga akan bersama-sama memeriahkan penganjuran acara sempena dengan Hari Sukan Negara (HSN) pada Oktober 2026.
Turut menyantuni sesi kunjungan hormat tersebut adalah En Azharizal bin Santib, PP Sukan dan En Amirul Ikhlas bin Aznan yang juga berkongsi hal berkaitan penyaluran DSK dan GPS yang boleh membantu penganjuran aktiviti persatuan secara berterusan. Semoga dengan kerjasama JBSN9 dan NSPA ini akan meningkatkan lagi hubungan baik dalam penganjuran sukan pickleball dalam Negeri Sembilan.
#TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #MalaysiaMADANI #RakanMuda
Taufiq Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
KBSMalaysia
belia.myRakan Muda
