PAROI, 21 Januari 2026 - Majlis Amanat Ketua Pengarah JBSN Tahun 2026 yang di hadiri secara hibrid oleh seluruh kakitangan JBSN di semua peringkat hari ini tidak terkecuali kakitangan JBS Negeri Sembilan. Turut hadir Tuan Pengarah, En. Ahmad Syariffuddin bin Sarmin, Penolong Pengarah, En. Azharizal bin Santib, Pegawai Rakan Muda, En. Azmee Amar Azwan bin Mostapa serta pegawai dan kakitangan di jabatan dan semua PBSD. YBrs. Pn. Azura Abidin, Ketua Pengarah JBSN menyeru agar semua yang terlibat di setiap peringkat termasuk akar umbi agar dapat memberikan perkhidmatan terbaik demi pembangunan belia dan sukan tanah air. JBSN komited dalam membangunkan sukan dan memartabatkan belia negara. #TeamKBS #JBSNKomited #teamjbsn9 #rakanmuda
Tampin 20 Januari 2026 (Selasa) - Telah berlangsung sesi lawatan tapak laluan trek mendaki bagi Program Seven Wonders Challenge 3.0 Daerah Tampin 2026 bertempat di Bukit Ramunia, Kg. Air Rawa, Gemencheh Negeri Sembilan pada pagi tadi. Tinjauan ini bertujuan untuk mengenalpasti laluan pendakian Program Seven Wonders Challenge 3.0 Daerah Tampin bagi tahun 2026. Lawatan ini di ketuai oleh Pejabat Daerah dan Tanah Daerah Tampin selaku penyelaras program bersama-sama agensi yang terlibat seperti Pejabat Belia dan Sukan Daerah Tampin, Pejabat Hutan Daerah Negeri Sembilan Barat, APM Daerah Tampin, Persatuan Malim Gunung Perhutanan Negeri Sembilan dan JPKK Kg. Pulau / Air Rawa Gemencheh. Semoga segala yang dirancang dapat dilaksanakan dengan jayanya. Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara JBS Negeri Sembilan #RoadtoHSN2026 #teamKBS #teamJBSN #teamJBSN9 #JBSNBersama #pbsdtampin
9 Januari 2026, Seremban: Telah berlangsung Majlis Perasmian Penutup Projek Penempatan Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda Tahap Emas ( Kampung Angkat) bertempat di Kampung Semarak, Rahang Kecil yang disertai seramai 22 orang peserta. Projek Penempatan adalah salah satu komponen wajib untuk setiap peserta Anugerah Remaja Perdana Tahap Emas disamping komponen Khidmat Masyarakat, Rekreasi Fizikal, Kemahiran dan Pengembaraan. Ianya perlu dilengkapkan dalam tempoh tidak kurang dari 5 hari / 4 malam berturut-turut. Majlis Perasmian Penutup Projek Penempatan ini telah disempurnakan oleh Ybhg Datuk Latteffah Binti Ali Ahli Majlis Bandaraya Seremban, turut hadir Puan Cindy Usun Sigau Pegawai Belia Dan Sukan Daerah Seremban, En Hassan Bin Husin Pengerusi JPKK Kg Semarak , En Mohd Khushairi Bin Zainal Unit Rakan Muda PBSD Seremban , En Nasaruddin Setiausaha Surau Kg Semarak, Puan Rusni Binti Hj Shamsudin Guru Tabika Perpaduan, En Mohd Nazeem Bin Nazal Pegawai Perpustakaan Desa Kg Semarak, Datuk Menti Dr Kamaruzzaman Pertubuhan Melayu Islam Beradat Negeri Sembilan - PMIBNS ,En Zaharuddin Bin Abdul Majid Pemimpin ARPRM, Saudara Mohd Haikal Norahmad dan Saudara Raiyan Hakim Woon Mentor ARPRM. Tahniah kepada semua peserta yang berjaya melaksanakan projek penempatan mereka , semoga semua terus cekal untuk siapkan laporan emas untuk penilaian seterusnya. Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara KBSMalaysia Rakan Muda #JBSN #JBSNBersama #TeamPBSDSeremban #TeamKBS #TeamJBSN9 #YakinBoleh #RakanMuda #ARPRM
BAHAU , 5 Januari 2026 - Telah berlangsung KLAS Renang Fasa 3 bagi Daerah Jempol. Daerah Jempol dipilih sekali lagi bagi fasa ini agar masayarakat terutamanya di peringkat akar umbi dalam kalangan B40 di sekitar Jempol. Program ini dianjurkan bagi mencungkil bakat baru disamping membudayakan sukan renang sebagai salah satu aktiviti yang sihat serta dapat membantu mengurangkan risiko kematian akibat lemas. Majlis penyerahan sijil dan penutupan program disampaikan oleh Encik Nor Rashidi bin Ramdzan, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Jempol. Turut hadir bersama dalam program ini ialah En. Ravivarma Sanmugam, Presiden Persatuan Finswimming Negeri Sembilan Diharapkan dengan pelaksanaan program ini dapat mencapai objektif penganjuran seperti yang dirancang. #JBSNBersama #JBSNSembilan #MalaysiaMadani #KLASRENANGNegeriSembilan
PORT DICKSON , 5 Januari 2026 - Telah berlangsung KLAS Renang Fasa 3 bagi Daerah Port Dickson. Pada Fasa 3 tahun 2025 ini, Daerah Port Dickson kali pertamanya dipilih untuk menjalani program ini bagi kategori B40 yang berumur 7 hingga 13 tahun. Seramai 80 orang peserta terlibat mengikuti program ini yang dijalankan selama 6 sesi di dua tempat yang berbeza iaitu di Sekolah Seri UCSI dan Yacht Club, Royal Port Dickson. Program ini mendapat sambutan yang menggalakkan dari mesyarakat sekitar. Antara faktor ramai yang menggemari program ini adalah disebabkan Daerah Port Dickson terkenal dengan sukan air dan kawasan dikelilingi dengan laut dan pantai. Majlis penyerahan sijil dan penutupan program disampaikan oleh Encik Mohd Azam bin Zakaria, Pembantu Pegawai Belia dan Sukan Daerah Port Dickson. Turut hadir bersama dalam program ini adalah En. Kavin, (Sports Co-odinator) Sekolah Sri UCSI, En. Michael Tan Kian Ming, Vice President , Royal Port Dickson Yacth Club dan En. Ravivarma Sanmugam, Presiden Persatuan Finswimming Negeri Sembilan Semoga dengan pelaksanaan program ini dapat mencapai objektif penganjuran serta membudayakan sukan renang sebagai salah satu aktiviti yang sihat dan dapat membantu mengurangkan risiko. #JBSNBersama #JBSNSembilan #MalaysiaMadani #KLASRENANGNegeriSembilan
PAROI, 28 Disember 2025 – Kejohanan NS Futsal Challenge 2025 kategori lelaki dan wanita telah berlangsung dengan meriah di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Sembilan. Kejohanan anjuran Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan dengan kerjasama Persatuan Bola Sepak Negeri Sembilan ini mendapat sambutan yang sangat baik dan telah disertai oleh 26 pasukan lelaki dan 14 pasukan wanita. Sepanjang kejohanan, para peserta mempamerkan semangat kesukanan serta tahap permainan yang kompetitif. Pertandingan berlangsung dengan lancar dan mendapat sokongan padu daripada penonton serta penyokong pasukan masing-masing. Pasukan yang menjadi Johan membawa pulang wang tunai berjumlah RM1,500, diikuti Naib Johan sebanyak RM1,000. Tempat Ketiga dan Keempat masing-masing menerima RM750. Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan, Encik Ahmad Syariffuddin Bin Sarmin bersama Ahli Jawatankuasa Futsal, Wanita & Bola Sepak Pantai PBNS, Encik Jamsari Bin Mohamad. JBSNS dan PBNS menzahirkan penghargaan kepada semua pasukan, pegawai teknikal serta pihak penganjur atas komitmen dan kerjasama menjayakan kejohanan tersebut. Kejohanan ini diharapkan dapat menjadi platform berterusan dalam mencungkil bakat baharu serta memperkukuhkan pembangunan sukan futsal di Negeri Sembilan.
KOLAM RENANG PAROI, 24 Disember 2025 - Program Kemahiran Latihan Asas Sukan (KLAS) Kanak- kanak B40 (6 – 12 Tahun) telah melabuhkan tirai bagi Siri 1/11 bagi Fasa 3 tahun 2025. Majlis penyerahan sijil ini disampaikan oleh Puan Junaine binti Mohamad, Timbalan Pengarah JBS Negeri Sembilan dengan kehadiran 40 orang peserta. Bagi Fasa 3 ini, Negeri Sembilan menerima 11 program iaitu 8 program kategori B40, 2 program kategori warga emas dan 1 program bagi kategori OKU. Program ini bukan sekadar melatih kemahiran asas sukan, malah menjadi platform untuk peserta membina keyakinan diri serta memberi peluang yang sama rata kepada peserta. Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang telah berganding bahu menjayakan program ini sehingga mencapai objektif yang dihasratkan. #JBSNSembilan #JBSNBersama #MalaysiaMADANI #KLASRenangNegeriSembilan
21 DISEMBER 2025, VELOCITY MALL, KUALA LUMPUR - Tirai pertandingan Cheerleading Peringkat Kebangsaan akhirnya di dilabuhkan dengan menyaksikan sebanyak 13 Negeri bertanding bagi ketegori Level 0 dan Level 1. Walaupun Negeri Sembilan tidak berjaya membawa pulang medal namun semangat pasukan tidak luntur dan akan cuba yang terbaik di masa akan datang. Rata-rata semua peserta berpuas hati atas prestasi yang ditunjukkan dalam acara ini kerana dengan hanya 4 kali sesi latihan sahaja mereka dapat melaksanakan dengan sangat baik. Diharapakan pertandingan ini akan diadakan lagi di masa akan datang bagi mempromosikan Sukan Cheerleading dikalangan masyarakat Malaysia. Majlis Penutup dan Penyampaian Hadiah telah disempurnakan oleh Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN), YBrs. Puan Azura binti Abidin. Turut hadir sama memberi sokongan kepada Team Negeri Sembilan, Encik Ahmad Syariffudin bin Sarmin, Pengarah JBS Negeri Sembilan. #JBSNSembilan #JBSNBersama #MalaysiaMADANI #Cheerleading2025
21 Disember 2025 , UiTM Shah Alam - Sekalung tahniah diucapkan buat kontinjen Negeri Sembilan atas kejayaan yang diraih sebagai pemenang Pertandingan Aerobic Dance Peringkat Kebangsaan bagi tahun 2025 Persaingan bagi tahun ni agak sengit dengan menyaksikan 8 pasukan yang berentap di Peringkat Akhir dan berikut merupakan senarai keputusan: KATEGORI DEWASA (SENIOR)* Johan: W.P. Kuala Lumpur (14.40) Naib Johan: Johor (14.20) Ketiga: Selangor (13.80) 4. Perak – 12.80 5. Negeri Sembilan – 12.20 *KATEGORI REMAJA (JUNIOR)* Johan: Kelantan (12.40) Naib Johan: Johor (12.00) Ketiga: Negeri Sembilan (11.50) 4. Selangor – 11.40 5. W.P. Labuan – 11.30 Majlis Penutup dan Penyampaian Hadiah telah disempurnakan oleh Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN), YBrs. Puan Azura binti Abidin. Turut hadir sama memberi sokongan, Encik Ahmad Syariffudin bin Sarmin, Pengarah JBS Negeri Sembilan Tahniah kepada Pasukan Eclipse dan Bear Titans yang mewakili Negeri Sembilan. Terima kasih juga kepada Persatuan Senamrobik Negeri Sembilan yang tidak jemu membantu dalam sesi latihan. #JBSNSembilan #JBSNBersama #MalaysiaMADANI #AerobicDance2025