PERASMIAN KEJOHANAN BOLA TAMPAR BELIA BAWAH 21 (U21) MALAYSIA 2026

NILAI, 9 APRIL 2026 – Suasana di Stadium N9 Arena, Nilai gamat petang semalam berikutan majlis pembukaan yang penuh gilang-gemilang bagi Kejohanan Bola Tampar Belia Bawah 21 (U21) Malaysia 2026.
Kejohanan berprestij ini telah menghimpunkan bakat-bakat muda atlet bola tampar dari seluruh pelosok tanah air dengan 9 pasukan lelaki dan 8 pasukan wanita ini telah disempurnakan perasmiannya oleh Yang Berusaha Encik Azharizal bin Santib, Penolong Pengarah Sukan, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan. Majlis ini turut disaksikan oleh Dato' Alan Ling Sie Kiong, Presiden Persatuan Bola Tampar Negeri Sembilan (NSVA) dan Pegawai MAVA serta Barisan Teknikal dan Kejurulatihan.
Majlis turut diserikan dengan acara penyerahan mock cheque Geran Padanan Sukan (GPS) bernilai RM75,000.00 kepada Persatuan Bola Tampar Negeri Sembilan (NSVA). Geran ini merupakan bukti komitmen berterusan KBS dalam memperkasa pembangunan sukan bola tampar di peringkat kebangsaan, negeri dan juha akar umbi.
Penganjuran kejohanan ini bukan sekadar memburu piala, tetapi menjadi medan utama untuk menggilap bakat pelapis negara agar mereka bersedia menggalas cabaran ke pentas antarabangsa seperti Sukan SEA dan Sukan Asia.
Kategori B21 disifatkan sebagai fasa kritikal bagi atlet membentuk kematangan teknik, kekuatan mental, dan semangat kerjasama sepasukan (teamwork) yang jitu di atas gelanggang.
Kerajaan dan persatuan sukan sentiasa komited dalam menyokong pembangunan belia melalui sukan berprestasi tinggi bagi melahirkan generasi yang bukan sahaja cergas secara fizikal, tetapi berjati diri kental.
Syabas dan jutaan tahniah diucapkan kepada jawatankuasa penganjur atas dedikasi dan kerja keras merealisasikan kejohanan ini.
#TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #MalaysiaMADANI #RakanMuda
Taufiq Johari
Mordi Bimol
Rahimi Ismail
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan NegaraRakan Muda
KBSMalaysia
belia.my

Image
D/A Kompleks Belia Dan Sukan Paroi
70400 Seremban Negeri Sembilan
Tel : 06-7613163/06-7641480 | Fax : 06-7625569

jbsn9@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-n9

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 13-05-2026, 15:48:01

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search