- JBS Negeri Sembilan
- Hits: 21
SEKALUNG PENGHARGAAN & UCAPAN PERSARAAN
- JBS Negeri Sembilan
- Hits: 21
PAROI, 8 April 2026 - Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Puan Siti Masrum binti Ibrahim, Pembantu Tadbir (P/O) yang telah menamatkan perkhidmatan pada 07 April 2026 (Selasa).
Beliau bersara wajib pada usia 58 tahun pada 08 April 2026, setelah menabur bakti selama 17 tahun di bawah pentadbiran Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan.
Pihak Pengurusan Tertinggi JBSNS serta seluruh warga jabatan, termasuk di peringkat daerah dan rakan sejawatan, merakamkan ribuan terima kasih atas segala jasa, komitmen dan sumbangan yang telah dicurahkan sepanjang tempoh perkhidmatan.
Semoga Puan Siti Masrum sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik dan berbahagia bersama keluarga.
Selamat bersara dan terima kasih atas segala jasa.
#teamjbsn9
