TAMPIN, 30 Oktober 2025 (Khamis) – Telah berlangsung Program Senaman Warga Emas Aktif Peringkat Daerah Tampin 2025 (Siri 6) yang telah diadakan di Taman Rekreasi Tampin. Program anjuran Pejabat Belia dan Sukan Daerah Tampin bersama Rakan Strategik Pejabat Kesihatan Daerah Tampin, Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Tampin, Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) Daerah Tampin dan Kelab Warga Emas Klinik Kesihatan Tampin. Program Senaman Warga Emas merupakan inisiatif Kementerian Belia dan Sukan (KBS) di bawah Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN) adalah satu program berbentuk senaman atau sukan yang dibuat secara bersiri dilaksanakan bagi memberi peluang kepada warga emas berumur 60 tahun dan ke atas untuk terlibat dengan aktiviti sukan dan kecergasan secara berterusan dan konsisten sebagai pembudayaan sukan. Turut hadir bersama-sama melakukan aktiviti senamrobik ialah Dr. Jaspreet Kaur, wakil Pegawai Kesihatan Daerah Tampin dan En. Mohd Rasdi bin Ahmaddani, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Tampin Malaysia Aktif Hannah Yeoh Adam Adli Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara JBS Negeri Sembilan #JBSNBersama #KBSMalaysia #RakanMuda #YakinBoleh #teamJBSN9 #teampbsdtampin
Jempol,28 OKTOBER 2025- Program Senaman Warga Emas Aktif (Siri 1) Peringkat Daerah Jempol 2025 yang diadakan di Perkarangan Rumah Puan Zaedah Kg.Serting ilir,Bahau. Program yang bertujuan membina jaringan hubungan bagi mengukuhkan lagi kerjasama warga emas dengan penggiat kecergasan komuniti. Selain itu, aktiviti fizikal yang kerap dan konsisten turut dapat membantu mengurangkan risiko penyakit kronik, meningkatkan kekuatan otot dan tulang khususnya di kalangan warga emas. Aktiviti senaman ini telah dikendalikan oleh Kelab Kecergasan Bahau yang diketuai oleh Puan Rusnani Binti Hamzah. Semoga program siri seterusnya akan diteruskan dengan sambutan seperti ini dan menjadikannya sebagai salah satu platfom untuk menggalakkan gaya hidup sihat dikalangan warga emas serta memperkukuhkan perpaduan dalam kalangan komuniti. #TeamKBS #PBSDJempol #JBSN9 #JBSNBersama #MalaysiaMADANI
REMBAU, 28 Oktober 2025 (Selasa) – Program Senaman Warga Emas Aktif Siri 5 diteruskan lagi pada hari ini dengan aktiviti senaman chairobic menjadi pilihan. Untuk aktiviti senaman hari ini telah di kendalikan oleh Puan Siti Mahawa binti Othman daripada Kelab Sukan Kecergasan Fit Aero. Turut hadir Puan Norzila binti Ismail Pengerusi PAWE Daerah Rembau dan Encik Muhammad Izzat Emir bin Roshizan Wakil Pejabat Belia Dan Sukan Daerah Rembau. Program Senaman Warga Emas merupakan inisiatif Kementerian Belia dan Sukan (KBS) di bawah Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN) adalah satu program berbentuk senaman atau sukan yang dibuat secara bersiri dilaksanakan bagi memberi peluang kepada warga emas berumur 60 tahun dan ke atas untuk terlibat dengan aktiviti sukan dan kecergasan secara berterusan dan konsisten sebagai pembudayaan sukan. Hannah Yeoh Adam Adli Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara JBS Negeri Sembilan #SenamanWargaEmasAktif #MalaysiaAktif #RembauAktif #TeamKBS #PBSDRembau #PAWERembau #KelabSukanKecergasanFitAero
SEREMBAN, 28 Oktober 2025 – Telah berlangsung Program Senaman Warga Emas Aktif Peringkat Daerah Seremban 2025 (Siri 2) yang telah diadakan di Kolam Renang, Kompleks Sukan Tan Sri Dr Hj Mohd. Said, Seremban 2. Pengisian program kali ini adalah Terapi Air dan Aquarobik yang telah di kendalikan oleh Unit Pusat Fisioterapi, Pejabat Kesihatan Daerah Seremban. Program anjuran Pejabat Belia dan Sukan Daerah Seremban ini adalah bersama Rakan Strategik Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) Labu dan Unit Pusat Fisioterapi, Pejabat Kesihatan Daerah Seremban. Program Senaman Warga Emas merupakan inisiatif Kementerian Belia dan Sukan (KBS) di bawah Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN) adalah satu program berbentuk senaman atau sukan yang dibuat secara bersiri dilaksanakan bagi memberi peluang kepada warga emas berumur 60 tahun dan ke atas untuk terlibat dengan aktiviti sukan dan kecergasan secara berterusan dan konsisten sebagai pembudayaan sukan. Turut hadir memeriahkan program, Cik Reena Nornisha binti Nordin, wakil Pejabat Belia dan Sukan Daerah Seremban dan Puan Raja Norshazwana binti Raja Wahid, Penyelia Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) Labu. Malaysia Aktif Hannah Yeoh Adam Adli Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara JBS Negeri Sembilan #JBSNBersama #KBSMalaysia #RakanMuda #YakinBoleh #teamJBSN9 #teampbsdseremban
JELEBU, 27 OKTOBER - Telah berlangsung Senaman Warga Emas Aktif 2025 Daerah Jelebu Siri 2 bertempat di Bukit Tajali dengan kerjasama Pusat Aktiviti Warga Emas Jelebu Objektif aktiviti ini adalah untuk melatih warga emas untuk kekal aktif, sihat dan menjadikan aktiviti sukan dan kecergasan sebagai budaya hidup. Selain itu, ia juga bertujuan untuk membina jaringan hubungan bagi mengukuhkan lagi kerjasama dan perpaduan dalam kalangan warga emas dengan agensi berkaitan serta masyarakat mahupun penggiat kecergasan komuniti. Akhir sekali, aktiviti ini menyokong usaha kerajaan bagi memastikan warga emas mendapat kesaksamaan sosial dari segi penglibatan dalam aktiviti sukan dan kecergasan. Diharapkan dengan pendekatan yang diambil ini dapat mencapai hasrat YB Menteri Belia dan Sukan untuk masyarakat warga emas. #JBSN #JBSN9 #PBSDJelebu #MalaysiaAktif
REMBAU, 26 Oktober 2025 (Ahad) – Program Kem Belia @ Rakan Prihatin Peringkat Daerah Rembau 2025 anjuran Pejabat Belia dan Sukan Daerah Rembau dengan kerjasama Majlis Belia Daerah Rembau, Pejabat Pendidikan Daerah Rembau dan kolabrasi agensi lain telah berlangsung dengan jayanya di Pusat Transformasi Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Rembau bermula 24 hingga 26 Oktober 2025. Program ini menghimpunkan seramai 55 orang belia terdiri daripada pelajar lima buah sekolah sekitar daerah Rembau iaitu SMK Undang Rembau, SMK Dato’ Sedia Raja, SMK Pedas, SMK Undang Haji Adnan dan SMK Dato’Abdullah. Penganjuran kem ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran dalam kalangan belia terhadap matlamat hidup serta tanggungjawab terhadap diri, keluarga, agama, bangsa dan negara. Peserta turut diberi peluang berbakti kepada komuniti melalui aktiviti gotong-royong di Masjid Lama Kg. Batu Hampar yang dikendalikan sendiri Encik Maidin bin Mohammed, Pengerusi JPKK Kg. Batu Hampar. Majlis Penutup telah disempurnakan oleh Puan Junaine binti Mohamad, Timbalan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan, yang turut menyampaikan hadiah kepada kumpulan peserta. Dalam ucapannya, beliau merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat serta menggalakkan para peserta untuk terus aktif menyertai program pembangunan diri anjuran Kementerian Belia dan Sukan. Beliau juga mengalu-alukan penglibatan belia dalam pelbagai aktiviti dan program melalui Y-Hub Peringkat Negeri Sembilan di Rembau Youth Centre. Sepanjang program, pelbagai aktiviti telah diadakan termasuk latihan kerjasama kumpulan, ceramah dan motivasi oleh agensi kerajaan, sesi perkongsian bersama Pertubuhan Badan Bukan Kerajaan (NGO) serta aktiviti Inovasi Belia Positif yang dikendalikan oleh jurulatih dan fasilitator berpengalaman. Turut hadir memeriahkan majlis ialah Tuan Mohd Rozi bin Hamzah, Timbalan Pegawai Sektor Perancangan Pejabat Pendidikan Daerah Rembau, Puan Khairunnisa binti Khayun, Pegawai Pemantau (Bahagian Belia JBSN), Encik Kajurin @ Kaddly bin Ujin, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Rembau, Encik Muhammad Faries Faizal bin Shamsul, Pengerusi Majlis Belia Daerah Rembau dan guru-guru pengiring dari sekolah-sekolah terlibat. PBSD Rembau merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan program ini. Program Kem Belia 2025 diharap dapat menjadi platform berterusan dalam melahirkan generasi muda yang berfikiran kritis, kreatif, berjiwa besar serta berbakti kepada komuniti, selaras dengan matlamat pembangunan belia positif (8C). @followers #teamKBS #teamJBSN #teamJBSN9 #JBSNBersama #pbsdrembau
REMBAU, 23 Oktober 2025 (Khamis) – Program Senaman Warga Emas Aktif Siri 4 terus menyemarakkan semangat kecergasan dalam kalangan warga emas di Daerah Rembau yang telah diadakan di Gelanggang Futsal Dataran Rembau. Program ini dianjurkan oleh Pejabat Belia dan Sukan Daerah Rembau dengan kerjasama Kelab Sukan Kecergasan Fit Aero serta Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) Rembau. Untuk aktiviti senaman hari ini telah di kendalikan oleh Puan Siti Mahawa binti Othman daripada Kelab Sukan Kecergasan Fit Aero. Program Senaman Warga Emas merupakan inisiatif Kementerian Belia dan Sukan (KBS) di bawah Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN) adalah satu program berbentuk senaman atau sukan yang dibuat secara bersiri dilaksanakan bagi memberi peluang kepada warga emas berumur 60 tahun dan ke atas untuk terlibat dengan aktiviti sukan dan kecergasan secara berterusan dan konsisten sebagai pembudayaan sukan. Hannah Yeoh Adam Adli Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara t JBS Negeri Sembilan #SenamanWargaEmasAktif #MalaysiaAktif #RembauAktif #TeamKBS #PBSDRembau #PAWERembau #KelabSukanKecergasanFitAero
TAMPIN, 21 Oktober 2025 (Selasa) – Telah berlangsung Program Senaman Warga Emas Aktif Peringkat Daerah Tampin 2025 (Siri 3) yang telah diadakan di Taman Rekreasi Tampin. Program anjuran Pejabat Belia dan Sukan Daerah Tampin bersama Rakan Strategik Pejabat Kesihatan Daerah Tampin, Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Tampin, Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) Daerah Tampin dan Kelab Warga Emas Klinik Kesihatan Tampin. Program Senaman Warga Emas merupakan inisiatif Kementerian Belia dan Sukan (KBS) di bawah Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN) adalah satu program berbentuk senaman atau sukan yang dibuat secara bersiri dilaksanakan bagi memberi peluang kepada warga emas berumur 60 tahun dan ke atas untuk terlibat dengan aktiviti sukan dan kecergasan secara berterusan dan konsisten sebagai pembudayaan sukan. Turut hadir memeriahkan program, Dr. Jaspreet Kaur, wakil Pegawai Kesihatan Daerah Tampin, En. Jasnie bin Abd Rahman, wakil Pejabat Belia dan Sukan Daerah Tampin dan Puan Hjh. Maznah binti Abd Aziz, Pengerusi PAWE Daerah Tampin. Malaysia Aktif Hannah Yeoh Adam Adli Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara JBS Negeri Sembilan #JBSNBersama #KBSMalaysia #RakanMuda #YakinBoleh #teamJBSN9 #teampbsdtampin