- JBS Negeri Sembilan
- Hits: 34
PROGRAM IHYA’ RAMADAN
- JBS Negeri Sembilan
- Hits: 34
Anjuran Surau KRM Jempol dengan Kerjasama Pejabat Belia dan Sukan Daerah Jempol
Tarikh: 12 Mac 2026 (Khamis)
Program Ihya’ Ramadan telah berjaya dilaksanakan dengan kerjasama antara Surau KRM Jempol dan Pejabat Belia dan Sukan Daerah Jempol. Program ini bertujuan mengimarahkan bulan Ramadan serta mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan ahli kariah dan komuniti setempat.
Majlis dimulakan dengan majlis Khatam Al-Quran yang disertai oleh pegawai dan kakitangan Pejabat Belia dan Sukan Jempol. Seterusnya para hadirin bersama-sama menikmati majlis berbuka puasa dalam suasana penuh ukhuwah dan kebersamaan.
Selepas berbuka puasa, para jemaah menunaikan Solat Maghrib secara berjemaah, sebelum majlis berakhir dan para hadirin bersurai dengan penuh tertib.
Turut hadir memeriahkan program ini ialah Encik Nor Rashidi bin Haji Ramdzan, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Jempol.
Secara keseluruhannya, program ini berjalan dengan lancar dan mencapai objektifnya dalam memupuk semangat kebersamaan serta menghidupkan amalan ibadah sepanjang bulan Ramadan.
