PROGRAM RAKAN MASJID ❌ RAKAN MUDA RAMADAN PERINGKAT DAERAH JEMPOL TAHUN 2026/1447H

JEMPOL - Selasai sudah Program Rakan Masjid   Rakan Muda Ramadan Peringkat Daerah Jempol Tahun 2026/1447H bertempat di Dewan Gemilang, Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Serting.
Antara tetamu yang turut hadir ialah Tn. Mohd Ali Bin Mohd Yusof, Pengetua MRSM Serting dan juga barisan guru-guru MRSM Serting.
Program ini bertujuan untuk melahirkan belia yang celik Al-Quran di samping mengisi masa lapang dengan aktiviti yang berfaedah sepanjang bulan Ramadan. Pelbagai pengisian telah dijalankan seperti program Tadarus Al-Quran, Tazkirah Ramadan, aktiviti gotong-royong memasak bubur lambuk dan Majlis Khatam Al-Quran.
Seramai 395 orang peserta telah mengambil peluang untuk bersama-sama menjayakan program ini yang melibatkan pelajar-pelajar MRSM Serting.
Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua agensi dan peserta yang terlibat atas kerjasama dan komitmen yang diberikan dalam memastikan kelancaran serta kejayaan program pada tahun ini. Diharapkan jalinan kerjasama strategik ini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang.
#rakanmuda
#RakanMasjid
#rakanmudaramadan
#yakinboleh
#MalaysiaMadani
#pbsdjempol
#teamjbsns
#JBSNKomited

Image
D/A Kompleks Belia Dan Sukan Paroi
70400 Seremban Negeri Sembilan
Tel : 06-7613163/06-7641480 | Fax : 06-7625569

jbsn9@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-n9

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 13-05-2026, 15:48:01

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search