MAJLIS KHATAM AL-QURAN DAN PENYAMPAIAN SIJIL PROGRAM RAKAN MASJID X RAKAN MUDA RAMADAN PERINGKAT DAERAH SEREMBAN 2026

Seremban, 13 Mac 2026 - Telah berlangsung Majlis Khatam Al-Quran dan Penyampaian Sijil Program Rakan Masjid X Rakan Muda Ramadan Peringkat Daerah Seremban 2026. Program ini telah dilaksanakan selama 8 hari bermula 5 hingga 12 Mac 2026 bertempat Dewan Srikandi Sekolah Menengah Sains Tuanku Aishah Rohani, Seremban yang disertai seramai 119 orang perserta.
Majlis perasmian penutup program telah disempurnakan oleh Pn Monarazmah bt Abd Razak Pengetua SMS Tuanku Aishah Rohani manakala majlis penyampaian sijil telah disempurnakan oleh Pn Cindy Usun Sigau Pegawai Belia dan Sukan Daerah Seremban. Turut hadir En Ahmad Mahathir Bin Abd Mulok wakil PIBG SMS Tuanku Aishah Rohani, En Zaharruddin Bin Abd Majid Pemimpin ARPRM Daerah Seremban, Ustazah Nuriza Binti Ahmad dan Ustaz Mohd Sukri Bin Yahya selaku Pembimbing Program Rakan Masjid X Rakan Muda Ramadan Peringkat Daerah Seremban 2026.
Semoga program ini dapat memberi impak positif ke arah pembangunan belia yang cemerlang serta memberikan ruang dan peluang kepada golongan belia untuk mendekatkan diri dengan Al-Quran dan menghayati amalan sunah dengan mengimarahkan bulan Ramadan.
#TeamKBS #TeamJBSN
#JBSNKomited #MalaysiaMADANI #RakanMudaOfficial
Taufiq Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
KBSMalaysia Rakan Muda

Image
D/A Kompleks Belia Dan Sukan Paroi
70400 Seremban Negeri Sembilan
Tel : 06-7613163/06-7641480 | Fax : 06-7625569

jbsn9@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-n9

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 02-04-2026, 15:43:14

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search