JEMPOL, 10 Februari 2026 - Kompleks Rakan Muda Jempol- En.Ahmad Syariffuddin bin Sarmin, Pengarah JBS N.Sembilan telah mengadakan lawatan tapak di Kompleks Rakan Muda Jempol berhubung cadangan bagi menyelenggara dan menaiktaraf kemudahan sukan di sini. Beliau telah melihat sendiri gelanggang dan kemudahan yang uzur dan memerlukan pembaikan segera. #TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #MalaysiaMADANI #RakanMuda Taufiq Johari Mordi Bimol Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara KBSMalaysia Rakan Muda belia.my
JEMPOL ,10 Februari 2026- Pejabat Belia dan Sukan Daerah Jempol- En.Ahmad Syariffuddin bin Sarmin, Pengarah JBS N.Sembilan telah mengadakan pemeriksaan mengejut (AP309) di PBSD Jempol. Beliau juga telah melapangkan masa mengadakan perbincangan mengenai permasalahan yang dihadapi oleh kakitangan dan bertukar-tukar pandangan untuk meningkatkan lagi tahap perkhidmatan di sini. #TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #MalaysiaMADANI #RakanMuda Taufiq Johari Mordi Bimol Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara KBSMalaysia Rakan Muda belia.my
PAROI, 6 Februari 2026 - Selamat datang diucapkan kepada Puan Nor Amira Amalina Binti Che Ibrahim dari JBS Pahang yang telah melapor diri ke JBS Negeri Sembilan hari ini. Perjumpaan dengan Tuan Pengarah pada petang ini, Puan Amalina telah diberi taklimat ringkas berkaitan JBS Negeri Sembilan. Selamat bertugas dan selamat maju jaya diucapkan. Semoga dapat menggalas tugas dan tanggungjawab yang diberikan dengan cemerlang. #TeamKBS #TeamJBSN #teamjbsn9 #MalaysiaMadani
Labu, 05 Februari 2026 – Program Rintis Bukit Galla, Labu telah berlangsung seawal jam 8.00 pagi sebagai persediaan awal bagi pelaksanaan Program Negeri Sembilan Seven Wonders Challenge (NS7WC) 3.0 Daerah Seremban yang akan dilaksanakan buat kali ketiga. Program NS7WC 3.0 merupakan inisiatif Kerajaan Negeri Sembilan di bawah portfolio Exco Belia dan Sukan Negeri Sembilan dengan kerjasama pelbagai agensi yang bertujuan mempromosikan gaya hidup sihat serta memperkenalkan lokasi pelancongan di peringkat daerah. Program pendakian ini diketuai oleh Pejabat Daerah dan Tanah Seremban selaku penyelaras program bersama agensi-agensi lain termasuk Pejabat Belia dan Sukan Daerah Seremban, Pejabat Hutan Daerah Negeri Sembilan Barat, Balai Polis Labu, APM Daerah Labu, Persatuan Malim Gunung Perhutanan Negeri Sembilan dan ramai lagi. Turut hadir ialah Tuan Mohamad Najib bin Mustafa, Pegawai Daerah dan Tanah Seremban; Dato’ Ahmad Faez bin Abdul Razak, Penyelaras DUN Labu; Encik Shaiful Nizam bin Razali, Ketua Penolong Pegawai Daerah Seremban; serta Puan Cindy Usun Sigau, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Seremban bersama Cik Reena Nornisha binti Nordin, Penolong Pegawai Belia dan Sukan Daerah Seremban mewakili Pejabat Belia dan Sukan Daerah Seremban. Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Pejabat Daerah dan Tanah Seremban (PDTS), agensi-agensi kerajaan, Persatuan Malim Gunung Perhutanan Negeri Sembilan, Ketua-ketua Masyarakat, dan semua yang terlibat. Sebahagian foto adalah kredit kepada Pejabat Daerah Dan Tanah Seremban #TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #MalaysiaMADANI Taufiq Johari Mordi Bimol Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara KBSMalaysia
4 Februari 2026, Tampin - Pasukan Bola Tampar JBSN9 telah menyertai Pertandingan Bola Tampar Antara Jabatan dan Petanque Sempena Hari Keputeraan Ke 78 Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Tahun 2026 Peringkat Daerah Tampin. Penyertaan sebanyak 12 pasukan bagi kategori wanita dan JBSN9 telah berjaya mendapat tempat ketiga dalam pertandingan kali ini. Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua pemenang.
Tampin, 4 Februari 2026 (Rabu) - Telah berlangsung dengan jayanya Pertandingan Bola Tampar Antara Jabatan Dan Petanque Sempena Hari Keputeraan ke 78 DYMM Yang DiPertuan Besar Negeri Sembilan tahun 2026 bertempat di Kompleks Arena Dataran Tampin. Pertandingan ini adalah anjuran Pejabat Daerah dan Tanah Tampin dan Pejabat Belia dan Sukan Daerah Tampin telah di lantik sebagai penyelaras bagi mengendalikan acara sukan bola tampar antara jabatan. Sebanyak 12 pasukan lelaki dan 12 pasukan wanita berentap bagi merebut gelaran juara. Pertandingan diserikan lagi dengan kehadiran YB Tuan Suhaimizan bin Bizar, Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Gemencheh yang turut hadir bagi menyempurnakan majlis penutup pertandingan sekaligus menyampaikan hadiah kepada para pemenang. Turut hadir memeriahkan majlis ialah YBhg Ustaz Mohamad Firdaus bin Rustam, Penyelaras DUN Gemas, En. Mohd Fadhil bin Hassan, Pegawai Daerah Tampin dan ketua serta wakil jabatan persekutuan dan negeri serta agensi. Kejohanan pada kali ini dimenangi oleh Pasukan PDT Seremban bagi kategori lelaki manakala pasukan PSKPPNS bagi kategori wanita. Pasukan RISDA dan MBS selaku pemenang tempat kedua. Pasukan WOK VC dan IPD Tampin di tempat ketiga bersama bagi kategori lelaki manakala tempat ketiga bersama bagi kategori wanita dimenangi oleh pasukan JBSNS dan SEKATA ANGELS Tahniah di ucapkan kepada semua pemenang. #roadtoHSN2026 #JBSNBersama #KBSMalaysia #RakanMuda #YakinBoleh #teamJBSN9 #teampbsdtampin
NILAI, 29 Januari 2026 - Satu lawatan rasmi telah diadakan ke N9 Arena Nilai, Kompleks MSN Nilai dan Velodrom Nasional di Nilai, Negeri Sembilan sempena penganjuran Hari Sukan Negara (HSN) Peringkat Negeri Sembilan Tahun 2026 yang diketuai oleh En Azharizal bin Santib Pen.Pengarah Sukan dengan disertai Pegawai Cawangan Pengalakkan Sukan JBS Negeri Sembilan. Lawatan ini adalah bertujuan meninjau kemudahan sukan sedia ada serta mendapatkan maklumat berkaitan pengurusan fasiliti sukan di negeri ini. Objektif utama lawatan ini juga adalah untuk menilai kesesuaian kemudahan sukan bagi penganjuran program dan aktiviti sukan pelbagai peringkat dan memperkukuhkan kerjasama strategik antara agensi kerajaan dan penyedia pengurusan fasiliti sukan. Lawatan ke Kompleks MSN Nilai dan Velodrom Nasional Nilai telah diiringi oleh Encik Farid bin Mohamad Fauzi, Pengurus Kompleks MSN Nilai. Pihak rombongan telah diberi taklimat mengenai fasiliti velodrom, pengurusan operasi serta peranannya sebagai pusat latihan dan pembangunan sukan berbasikal di Negeri Sembilan. Seterusnya, lawatan diteruskan ke N9 Arena Nilai telah diiringi oleh Encik Mohd Agmeer Farouke, CEO N9 Arena Nilai. Taklimat yang diberikan merangkumi kemudahan arena, pengurusan fasiliti serta potensi N9 Arena sebagai lokasi penganjuran acara sukan dan program berskala besar. Secara keseluruhan, lawatan ini telah berjalan lancar dan mencapai objektif yang ditetapkan. Kemudahan yang terdapat di Velodrom Nasional Nilai dan N9 Arena Nilai adalah sesuai untuk menyokong penganjuran program Hari Sukan Negara (HSN) dan juga pembangunan sukan di peringkat Negeri Sembilan.
Port Dickson, 31 Januari 2026 - Telah berlangsung Bengkel Kepimpian Belia - "Pemimpin Unggul, Persatuan Gemilang" Peringkat Daerah Port Dickson anjuran Gerakan Belia 4B (M) Cawangan SiRusa dengan kerjasama Pejabat Belia dan Sukan Daerah Port Dickson. Tujuan Bengkel ini dillaksanakan adalah untuk meningkatkan pengetahuan peserta mengenai asas pengurusan persatuan dan kelab-kelab serta melahirkan pemimpin belia yang berwawasan, berdaya saing dan bertanggungjawab. Bengkel ini telah dihadiri oleh seramai hampir 40 orang peserta yang terdiri daripada pengurusan tertinggi dan ahli jawatankuasa Persatuan Belia, Sukan dan Rakan Muda yang berdaftar di Port Dickson. Terdapat 4 slot ceramah yang telah dirancang secara langsung oleh Gerakan Belia 4B (M) Cawangan SiRusa dengan dikawal selia oleh Majlis Belia Daerah Port Dickson bagi memastikan Bengkel ini dilaksanakan dengan jayanya. Jadual Bengkel yang dirancang ini telah melibatkan semua Pegawai Belia dan Sukan Daerah Port Dickson yang secara langsung telah dipecahkan kepada 4 pembentangan slot/module utama. Bagi slot pertama, Pn Zuraidah Mat Ratin telah membentangkan module Panduan Penghantaran Maklumat Yang Kena Diberi (MYKD) bagi memastikan Persatuan dan Kelab-kelab Belia memahami proses penghantaran MYKD secara online dan offline. Beliau juga membentangkan panduan Penyediaan Kertas Kerja lengkap yang boleh membantu Persatuan dan Kelab-kelab Belia, Sukan dan Rakan Muda menjadikan ia sebagai garis panduan bagi menyediakan kertas kerja kelak. Slot kedua pula telah dibentangkan oleh Pn Siti Alifah binti Hamzah bagi module Panduan Penghantaran Maklumat Yang Kena Beri (MYKB) yang difokuskan kepada Persatuan dan Kelab-kelab Sukan serta maklumat lengkap mengenai dana bantuan yang disediakan oleh KBS seperti dana sukan, bantuan program dan geran padanan sukan bagi membantu semua Persatuan dan Kelab-kelab yang berdaftar dan aktif melaksanakan program yang telah dirancang bagi tahun 2026 ini. Seterusnya, En Mohd Azam bin Zakaria telah mengambil alih slot ketiga dan membentangkan module Maklumat Yang Kena Hantar (MYKH@SRM) secara terperinci kepada Kelab-kelab Rakan Muda dan panduan penggunaan sistem Prolog - Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda yang memfokuskan kepada penglibatan Pemimpin khasnya. Seterusnya En Mohd Faizal bin Mohd Arif telah merangkumkan secara lebih terperinci mengenai kesemua pembentangan module 1, 2 dan 3 di slot terakhir dan membuka sesi soal jawab bersama semua peserta yang hadir. Diharap dengan pelaksanaan Bengkel ini akan memberi banyak manfaat dan menjawab segala persoalan yang membelenggu Persatuan dan Kelab-kelab Belia, Sukan dan Rakan Muda supaya berpeluang untuk bergerak lebih aktif pada tahun 2026 ini. #JBSN #JBSNBersama #TeamPBSDPortDickson #TeamKBS #TeamJBSNS #MBDPD #GB4BCawanganSiRusa