SEMARAK BELIA @ HARI BELIA NEGARA (SB@HBN) TAHUN 2026 PERINGKAT DAERAH PORT DICKSON

PORT DICKSON, 15 Mei 2026 – Program Semarak Belia @ Hari Belia Negara (SB@HBN) Tahun 2026 Peringkat Daerah Port Dickson telah berlangsung bertempat di Kolej UNITI Port Dickson yang bertemakan ‘Menggerak Belia’. Dianggarkan lebih daripada 800 orang peserta dan kakitangan Kolej UNITI Port Dickson yang hadir terdiri daripada pelajar-pelajar Fakulti Pendidikan, Fakulti Teknologi dan Kesenian, Majlis Belia Daerah Port Dickson serta gabungan NGO dan agensi kerajaan yang turut memeriahkan sambutan dan aktiviti yang telah diadakan. Pelaksanaan program ini juga bersekali dengan Majlis Sambutan Hari Guru : Aspirasi Bakal Pendidik Peringkat Kolej UNITI Port Dickson merupakan sebahagian daripada aktiviti yang menyumbang ke arah kemeriahan sambutan pada kali ini. Malah sambutan di Peringkat Daerah Port Dickson turut menyumbang kepada kemeriahan sambutan Hari Belia Negara Peringkat Kebangsaan yang diadakan pada hari ini sehingga 17 Mei 2026 di D’Tempat & X Park Sendayan, Negeri Sembilan. Sambutan SB@HBN Peringkat Daerah Port Dickson ini melibatkan 5 Segmen iaitu; 1. Segmen penciptaan & peluang pekerjaan oleh GradMalaysia: - Resume Hacks - ⁠Booth kerjaya 2. Segmen Malaysia Aktif : - Aerojamming Tour Challenge oleh KEFA Aerofit Clubs - ⁠Mari mencuba dan pertandingan memanah oleh GB4B(M) Cawangan SiRusa - ⁠Sukan Rakyat oleh Persatuan Belia Pantai PD 3. Segmen Kepimpinan dan Kesukarelawanan : - Leadership Unity Hunt Challenge oleh Kelab Rakan Muda Teluk Kemang 4. Segmen Inovasi dan Digital : - Youth Creative Poster oleh Majlis Belia Daerah Port Dickson - ⁠Lensa Video Kreatif PD oleh GB4B(M) Kawasan Telok Kemang - ⁠Pertandingan Mobile Legends Bang Bang 2026 oleh GB4B(M) Cawangan Pekan Telok Kemang - ⁠STEM oleh Muzium Lukut 5. Segmen kebudayaan, kesenian & muzik : - Pertandingan Fotografi oleh Persatuan Belia Hindu Telok Kemang - ⁠Pameran booth oleh Muzium Lukut Majlis Perasmian telah disempurnakan oleh Puan Fatimah bt Kamaruddin, Dekan Fakulti Pendidikan dan Pembangunan Manusia, Kolej UNITI Port Dickson. Turut hadir memeriahkan majlis ini adalah Encik Mohd Faizal bin Mohd Arif, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Port Dickson dan Encik Dineshkumar A/L Narayanasamy, Timbalan Pengerusi Majlis Belia Daerah Port Dickson, Encik Syazwan bin Sha'ari, Pegawai Hal Ehwal Pelajar Kolej UNITI Port Dickson dan pegawai-pegawai, pensyarah dan rakan-rakan strategik. Tahniah diucapkan kepada para peserta yang telah melibatkan diri dalam semua aktiviti yang diadakan dan terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat secara langsung bagi pelaksanaan program ini. Semoga kerjasama yang erat ini dapat diteruskan lagi demi pembangunan belia di daerah Port Dickson khasnya. Menggerak Belia ‼️💪🏻 #TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #MalaysiaMADANI #teamJBSN9 #PBSDPortDickson #MBDPortDickson
Image
D/A Kompleks Belia Dan Sukan Paroi
70400 Seremban Negeri Sembilan
Tel : 06-7613163/06-7641480 | Fax : 06-7625569

jbsn9@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-n9

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 03-07-2026, 11:24:22

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search