MESYUARAT PENYELARASAN SEMARAK BELIA @ HARI BELIA NEGARA 2026 PERINGKAT DAERAH KUALA PILAH

Juasseh, Kuala Pilah- 06 Mei 2026: Telah diadakan Mesyuarat Penyelarasan Dan Taklimat Semarak Belia @ Sambutan Hari Belia Negara 2026 Peringkat Daerah Kuala Pilah di Bilik Mesyuarat Kolej Yayasan Negeri Sembilan, Gentam. Mesyuarat di Pengerusikan oleh Ketua Eksekutif KYNS, dengan diikuti dengan ucapan aluan oleh Pegawai Belia Dan Sukan Daerah Kuala Pilah kemudian disusuli dengan Taklimat Semarak Belia @ HBN2026 oleh Pengerusi Majlis Belia Daerah Kuala Pilah, Saudara Muhammad Qayyum bin Abdul Jalil. Mesyuarat telah sebulat suara bersetuju untuk menganjurkan Program Semarak Belia @ Hari Belia Negara 2026 Peringkat Daerah Kuala Pilah pada 13 Mei 2026 (Rabu), di Dewan Terbuka KYNS, Gentam. Program Dijangka akan bermula seawall 7.00 pagi dan berakhir pada jam 3.00 petang. Pelbagai aktiviti telah dirancang antaranya, Fit Dance, Forum Mental Health, Buli dan Membunuh Diri yang akan dikelolakan oleh Hospital Tuanku Ampuan Najihah Kuala Pilah, Pertandingan Soccer Robotic, Penalty Shot, Fun Walk dan banyak lagi. Para belia dan beliawanis di Daerah Kuala Pilah dijemput hadir mempamerkan potensi diri anda bagi menjayakan program ini nanti. Dijangka seramai seribu orang akan menjayakan program yang setiap tahun dianjurkan oleh Pejabat Belia Dan Sukan Daerah Kuala Pilah dengan kerjasama erat bersama Majlis Belia Daerah Kuala Pilah beserta Badan Gabungannya. Program ini nanti akan dirasmikan oleh Ahli Parlimen Kuala Pilah, YB Dato’Hj. Adnan Bin Hj. Abu Hassan, YB ADUN Kawasan Juasseh, PPD Kuala Pilah, KADO Kuala Pilah, Ketua Eksekutif KYNS, PBSD Kuala Pilah, Pengerusi MBD Kuala Pilah dan ramai lagi.
Image
D/A Kompleks Belia Dan Sukan Paroi
70400 Seremban Negeri Sembilan
Tel : 06-7613163/06-7641480 | Fax : 06-7625569

jbsn9@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-n9

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 03-07-2026, 11:24:22

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search