- JBS Negeri Sembilan
- Hits: 4
๐ฆ๐๐ ๐๐จ๐ง๐๐ก ๐ฆ๐๐ ๐๐ฅ๐๐ ๐๐๐๐๐ @ ๐๐๐ฅ๐ ๐๐๐๐๐ ๐ก๐๐๐๐ฅ๐ ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฒ ๐ฃ๐๐ฅ๐๐ก๐๐๐๐ง ๐๐๐๐ฅ๐๐ ๐๐จ๐๐๐ ๐ฃ๐๐๐๐
- JBS Negeri Sembilan
- Hits: 4
๐ Kolej Yayasan Negeri Sembilan (KYNS), Gentam
๐
13 Mei 2026 | Rabu
โMenggerak Belia Madaniโ menjadi tema yang amat bertepatan dalam memperkasakan peranan golongan belia masa kini. Sambutan Semarak Belia @ Hari Belia Negara 2026 Peringkat Daerah Kuala Pilah yang berlangsung di Kolej Yayasan Negeri Sembilan (KYNS), Gentam telah berjaya menghimpunkan ratusan belia dan beliawanis dalam pelbagai aktiviti yang bermanfaat dan berimpak tinggi.
Program anjuran Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kuala Pilah dengan kerjasama Majlis Belia Daerah Kuala Pilah serta badan-badan gabungannya ini dimulakan seawal jam 7.00 pagi dengan sesi pendaftaran peserta dan aktiviti pemanasan badan menerusi Fit Dance yang dikendalikan oleh KBSi Ain.
Acara diteruskan dengan pelepasan Fun Walk 3KM oleh YB Datoโ Noorzunita Binti Mohamed Ibrahim bersama Saudara Qayyum Abdul Jalil dan Encik Mohd Zul Fadli Ahmad yang membawa peserta mengelilingi kawasan Kampung Gentam.
Antara pengisian menarik yang turut diadakan ialah:
โ
Taklimat Parlimen Belia
โ
Ceramah Kesihatan Mental & Pencegahan Bunuh Diri Belia
โ
Pertandingan Robotik
โ
Penalti Shot Out
โ
Pameran Agensi & Gerai Jualan
Buat julung kalinya, Pertandingan Robotik diperkenalkan dalam sambutan kali ini dan mendapat sambutan amat menggalakkan dengan penyertaan daripada 10 sekolah rendah dan 10 sekolah menengah sekitar daerah Kuala Pilah.
Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YB Datoโ Hj. Adnan bin Hj. Abu Hassan, Ahli Parlimen Kuala Pilah, bersama barisan kepimpinan belia, agensi kerajaan dan tetamu jemputan yang hadir memeriahkan sambutan.
Kejayaan menghimpunkan lebih 600 peserta membuktikan bahawa golongan belia terus diberi perhatian dan memainkan peranan penting dalam pembangunan masyarakat. Sambutan kali ini juga berjaya menyatukan pelbagai kaum dan lapisan masyarakat selaras dengan aspirasi โMenggerak Belia Madaniโ.
Tahniah dan syabas kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini. Semoga semangat belia terus subur demi masa depan negara yang lebih cemerlang.
#HariBeliaNegara2026
#SemarakBelia
#MenggerakBeliaMadani
#BeliaKualaPilah
#HBN2026
