Kombes, 8 Ogos 2026 - Kelab Kecergasan Energetik Gemilang (KEG) telah berjaya melaksanakan Pertandingan Aerojamming bersempena Fit@KOMBES 2026. Program ini adalah inisiatif Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan dalam menggalakkan dan memeriahkan lagi aktiviti kecergasan dan senamrobik dimana setiap minggu mengikut jadual yang telah ditetapkan bermula Isnin hingga Ahad.
Program ini telah menarik minat ramai pengunjung untuk turut serta tidak kira semua peringkat umur dan bangsa. Program ini juga mengikut tema masing-masing seperti yang diadakan ini membawa tema bunga-bunga cinta di mana peserta turut memperagakan pakaian tercantik disamping mencari pemenang pertandingan Aerojamming berlangsung.
Encik Ahmad Syariffuddin bin Sarmin, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan telah dijemput bagi menyampaikan hadiah dan menyantuni semua peserta program. Diharap program seperti ini dapat menarik minat masyarakat untuk turut serta dalam menjalani aktiviti menyihatkan badan disamping dapat beriadah bersama keluarga.
#TeamKBS
#TeamJBSN
#teamjbsn9
#rakanmuda
#MenggerakBeliaMadani
Taufiq Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
KBSMalaysia
- JBS Negeri Sembilan
- Hits: 5
