- JBS Negeri Sembilan
- Hits: 22
Negeri Sembilan bergema, anak muda luar biasa
- JBS Negeri Sembilan
- Hits: 22
Kehadiran YAB Dato’ Seri Utama Anwar Ibrahim, Perdana Menteri ke Jelajah Rakan Muda @ Paroi, Negeri Sembilan 2026 di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Sembilan di Paroi seterusnya mencetus gelombang pemerkasaan belia dan sukan.
Daripada pameran dan perkhidmatan pembangunan belia, sukan & Rakan Muda, Jualan Rahmah MADANI, penukaran minyak enjin motosikal percuma, aktiviti sukan dan rekreasi hinggalah promosi Sukan SEA Malaysia 2027 — semuanya menghimpunkan segenap pemegang taruh dalam suasana penuh semangat dan kebersamaan.
Program turut diserikan dengan kehadiran YB Dr. Mohammed Taufiq Johari, Menteri Belia dan Sukan; Dato’ Rahimi Ismail, Ketua Setiausaha KBS dan Puan Azura Abidin, Ketua Pengarah JBSN.
Jelajah ini bukan sekadar program, tetapi gerakan untuk melahirkan generasi belia dan sukan yang progresif, inklusif dan berdaya tahan demi masa depan Malaysia.
Demi belia dan sukan, JBSN komited
#TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #MalaysiaMADANI #RakanMuda
KBSMalaysia Taufiq Johari Mordi Bimol Rahimi Ismail Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
