SOROKAN PADU PARA PENYOKONG GAMATKAN SUASANA KOMBES

PAROI, 20 Julai – Tayangan Skrin Besar Piala Dunia Peringkat Negeri Sembilan 2026 Perlawanan Akhir antara Sepanyol menentang Argentina telah berlangsung dalam suasana meriah di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Sembilan (KOMBES), Paroi awal pagi tadi. Program tersebut berjaya menarik kehadiran kira-kira 500 orang penonton yang bersama-sama memberikan sokongan padu kepada pasukan pilihan masing-masing.
Majlis turut diserikan dengan kehadiran Encik Ahmad Syariffuddin bin Sarmin, Pengarah JBSN9 bersama Puan Junaine binti Mohamad, Timbalan Pengarah dan Encik Azharizal bin Santib Penolong Pengarah (Sukan) JBSN9.
Selain tayangan perlawanan, acara turut dimeriahkan dengan cabutan bertuah kepada orang ramai sebagai penghargaan kepada para pengunjung yang hadir. Selain itu, pengunjung juga berpeluang mencuba permainan penalti songket dan PlayStation 5 secara percuma, menambahkan lagi kemeriahan suasana program. Program ini dilihat berjaya mengeratkan hubungan komuniti serta memupuk semangat kesukanan dalam kalangan masyarakat setempat.
Taufiq Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
#teamKBS
#teamJBSN
#teamjbsn9
#JBSNBersama
#JBSNKomited
#YakinBoleh
#RakanMuda
#MalaysiaMADANI

Image
D/A Kompleks Belia Dan Sukan Paroi
70400 Seremban Negeri Sembilan
Tel : 06-7613163/06-7641480 | Fax : 06-7625569

jbsn9@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-n9

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 18-10-2026, 01:37:06

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search